Keputusan Konsert Akhir 3 JUARA TV3

Keputusan Konsert Akhir 3 JUARA TV3 akan berlangsung pada Ahad ini, 8 Januari jam 9 malam di TV3. Menyaksikan enam peserta bakal berentap untuk bergelar pemenang setiap kategori. Masing-masing dua peserta daripada kategori Balada, Rock dan Irama Malaysia yang diwakili Salma dan Hady daripada ketegori Balada, Kudien dan Eva Maria (Rock) manakala Azizul dan Nura (Irama Malaysia)

Keputusan Konsert Akhir 3 JUARA TV3
Pada peringkat akhir nanti, enam finalis berkenaan akan berentap bagi untuk bergelar pemenang setiap kategori, sekali gus berpeluang merebut gelaran juara antara juara pada pentas Grand Final yang akan diadakan pada 15 Januari depan. Pemenang peringkat Grand Final bakal memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Program realiti 3Juara diadali tiga juri tetap, Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada). Manakala Ajai, Pak Ngah dan Edrie Hashim pula selaku produser bagi setiap kategori.

Keputusan Konsert Akhir 3 JUARA TV

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3Juara hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut layari www.tv3.com.my/3juara

SENARAI ENAM FINALIS PERINGKAT AKHIR 3 JUARA 

KATEGORI BALADA 

1. Salma (Salmah Binti A.Asis, Selangor, 26 tahun)

2. Hady (Mohd Nor Hadli Bin Rosli, Melaka, 28 tahun)

3 Juara Balada

KATEGORI ROCK 

1. Kudien (Muhammad Ariffuden Bin Mohd Rafee, Johor, 22 tahun)

2. Eva Maria (Anni Binti Pisali, Kuala Lumpur, 23 tahun)

KATEGORI IRAMA MALAYSIA 3 JUARA

1. Azizul (Azizul Haqim Bin Md Anuwar, Johor, 28 tahun)

2. Nura (Nor Atikah Binti Mohd Yousof, Johor, 18 tahun)

3 Juara Irama Malaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses