A Famosa Melaka dan Sejarah

A Famosa Melaka dan Sejarah – Kubu tentera Portugis ini sebenarnya dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka. Kubu ini dibuat sebaik sahaja Portugis menewaskan raja Melaka dan mereka yang ditawan dipaksa menyiapkan kubu ini. Dan zalimnya lagi Portugis ini, apabila banyak bahan binaan kubu ini diambil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar. BACA: Percutian Bajet Tempat Menarik Di Melaka

a famosa

A Famosa Melaka dan Sejarah

Sejarah Kota A Famosa Melaka

Sewaktu zaman kegemilangannya, kota empat segi ini mempunyai 8 menara kawalan setinggi bangunanan 4 tingkat, 70 meriam yang dihala ke seluruh arah serta dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata.

Kota tebal ini juga mempunyai kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari tempat kediaman pengawal dan kuda perang.

Kota ini bukan main kuat. Ini terbukti apabila Portugis berjaya menahan serangan berterusan dari Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Kota ini hanya jatuh setelah Belanda dan Johor bersatu mengepungnya dari laut dan darat selama 7 bulan.

Kejatuhan A Famosa Melaka

Sewaktu kepungan dibuat selama lebih setengah tahun, dikatakan lebih 7,000 orang di dalam kota mati akibat kecederaan dan kebuluran. Diceritakan sesetengah mereka terpaksa makan apa sahaja — dari kucing dan anjing kepada bayi kecil.

Sengsara perang akhirnya berputar kepada mereka. Dan kota ini akhirnya jatuh kepada gabungan Belanda-Johor pada awal tahun 1961.

Pada tahun 1795, tanah jajahan Belanda di Asia telah diserahkan kepada pentadbiran Inggeris untuk sementara. Inggeris takut ia akan dijadikan kubu kuat oleh Belanda apabila ia diserah semula , jadi Inggeris memusnahkan sebahagian besar kota ini pada tahun 1806.

Kota A Famosa Sekarang

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa.

Jika anda mendaki bukit hingga ke puncak, anda akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda.

Kini penutup-penutup kubur ini telah di alih dari lantai ke dinding kota.

Patung besar yang ada di atas bukit itu patung St. Francis Xavier — mubaligh Kristian yang bertanggungjawab menyebarkan Kristian ke Asia Tenggara.

Hubungi Kami:
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA
Kompleks Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya, 75450
Ayer Keroh, Melaka
06-3333333
webmaster[at]melaka[dot]gov[dot]my

Web: www.melaka.gov.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih