Apa Itu Chia Seed ?! Ini Penjelasannya

Apa Itu Chia Seed ?! Saya dah dengar pasal Chia Seeds dah lama sebab saya suka tengok rancangan Dr.Oz tu. Tapi….saya just ignore je memandangkan saya selalu tak teringat nak cari Chia Seed bila saya ke kedai organik.

Apa Itu Chia Seed

Hinggalah pada suatu hari saya ke farmasi dan Pharmacist tu explain pada saya tentang kelebihan dan kebaikan Chia Seed tu. So, so far saya dah amalkan Chia Seed ni dah hampir sebulan…memang ada yg dah nampak bagusnya Chia Seed ni…hihi..

Apa Itu Chia Seed…  Ini le rupa Chia Seed…

DARI MANA ASALNYA CHIA SEED NI..?

Chia Seed ni adalah biji2 dari sejenis pokok bunga iaitu Salvia hispanica yg hidup di kawasan gurun diSalvia hispanica yg hidup di kawasan gurun di Mexico dan pada zaman dulu2, kaum Aztec dari tamadun Mayan menggunakan bijirin tersebut dalam pemakanan mereka sehari2.

APA KHASIAT CHIA SEED?

Chia Seed sangat kaya dengan khasiat2 yang tersendiri. Iaitu…

#  Fiber
Ianya kaya dengan fiber yg dapat membantu mereka2 yg mempunyai maslaah penghadaman

#  Membantu pesakit Diabetes
Mempunyai potensi untuk membantu pesakit diabitis kerana ianya dapat memberikan tenaga, mengimbangi kadar gula dalam badan dan mengelakkan dari dehidrasi.

#  Kaya dengan Omega 3
Mengandungi khasiat Omega-3 yg sangat baik untuk perkembangan otak kita. Dan juga dapat mencantikkan lagi kulit kita…hihi…mudah-mudahan…

#  Mengandungi Kalsium
Kandungan kalsium dalam Chia Seed adalah 3 kali ganda berbandinng dengan susu. Bagus utk pertumbuhan tulang dan gigi. Dan dapat mengelakkan dari mengalami masalah Osteoporosis.

#  Mengenyangkan
Bila Chia Seed direndam dalam air, ianya akan mengembang. Kita akan rasa kenyang untuk jangka masa yg agak lama.Jadi, kita akan kurang makan la nampak gayanya…hihi…

#  Membantu melawaskan
Bagi yg mempunyai masalah usus, ianya dapat membantu melancarkan proses ‘pembuangan’ anda nanti…hihi…

#  Kaya Protein dan Tiada Kolesterol
Merupakan sumber protein yg sesuai bagi vegetarian dan juga dapat membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan kita. Bagus utk kesihatan jantung.

BAGAIMANA CARA NAK MAKAN CHIA SEED?

*  Bole rendam dalam air sejuk atau juice dan minum.
*  Campurkan dgn oat,yogurt atau salad
*  Masukkan dlm bancuhan biskut atau dalam doh roti

Sumber: tipsfromhome.blogspot.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

One Response