Resepi Ayam Goreng ala KFC

Resepi Ayam Goreng ala KFC memang menjadi favorit saya sekeluarga sebab penyediaan sangatlah mudah dan cepat. Resepi masakan ini berasal dari restoran makanan segera yang dipanggil KFC (Kentucky Fried Chicken). Ayam KFC juga boleh anda buat sendiri di rumah dan bila anda tahu cara membuatnya dengan betul pasti rasanya tidak kalah sedap dengan KFC yang dijual di restoran.Resepi Ayam Goreng KFC

Resepi Ayam Goreng ala KFC

Ramai orang suka dengan daging ayamyang digoreng dengan disadur adunan tepung dan sejak saya expert buat ayamala KFC ini, kami sekeluarga tak pergi ke KFC dah. pasti anda ingin tahu kan? jom kita lawat resepi dibawah.

Bahan Perap Ayam Goreng

  • 1 ekor ayamdipotong mengikut selera
  • 8 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu serbuk kari
  • 3 – 5 sudu besar serbuk cili
  • secubit perasa yang dibenarkan
  • secubit bikarbonat of soda
  • sedikit air

Bahan Salut Tepung Ayam Goreng

  • 3 cawan tepung jagung
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 biji telur – pukul telur secara berasingan
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • secubit bikarbonat of soda
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng KFC

1. perap ayam dengan bahan perap tadi selama lebih kurang 1 jam. kemudian semua bahan salut tepung ayamdi gaul rata hingga ramuan tepung sebati. selepas tu pukul telur dan golekan ayamdengan telur.

2. selepas ayam di golekan dengan telur letak ayam ke dalam bahan salut tepung ayam tadi dan diletakan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan hingga sebati.

3. kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang dah di salut tadi hingga tenggelam dan bila warna ayam sudah keemasan. angkat dan hidangkan.

Resepi ayam goreng KFC juga boleh dibuat mengikut bahan campuran selera sendiri dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous
  5. Anonymous
  6. Anonymous
  7. Anonymous