Resepi Ayam Masak Ungkep Ala Jawa

Resepi Ayam Masak Ungkep Ala Jawa – hari ini saya nak kongsikan resepi masakan yang popular di kalangan masyarakat jawa ini, yang cukup mudah untuk disediakan. sebenarnya ayam ungkep nie mempunyai banyak versi. tapi resipi yang saya kongsikan nie diberikan oleh rakan saya orang jawa dan mungkin boleh dikategorikan sebagai resepi original. perlu kita tahu yang dimaksudkan ungkep itu adalah semua bahan hendaklah dimasukkan menjadi satu supaya mesra dan ayam ungkep nie kita boleh cakap resepi ayam masak ketumbar kerana bumbu ketumbar nya sangat banyak.

Resepi Ayam Masak Ungkep Ala Jawa OriginalResepi Ayam Masak Ungkep Ala Jawa

jom kita layan resepi mudah ini untuk hidangan keluarga dirumah

Bahan-Bahan Resepi Masakan:

  • 1kg ayam dipotong sesuai selera – perap dengan kunyit dan garam
  • 1/2 keping asam keping – optional
  • 2 batang serai – dititik
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 3 cawan air
  • minyak untuk masak

Bahan Kisar Resepi Masakan:

  • 3 cm kunyit hidup
  • 10 biji bawang merah
  • 15 biji cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • sejemput serbuk jintan manis
  • sejemput serbuk jintan putih
  • sejemput serbuk ketumbar

Cara Membuat Resepi Ayam Masak Ungkep:

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan bahan kisar, kacau sampai terbit minyak


2. selepas tu masukan ayam yang telah diperam tadi kemudian gaul sekejap dan masukan serai, gaul rata hingga warna ayam nampak berubah

3. kemudian tambahkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sekejap dan tutup kuali rapat-rapat dan kacau sekali-sekala agar ayam tidak hangus.

4. akhir sekali, bila ayam sudah empuk artinya dah masak, matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi Panas Mmmmmm Sedappp!

selamat mencuba resepi ayam masak ungkep ni boleh jadi pilihan bila anda ketandusan idea dan saya menyediakan resepi nie apabila anak-anak berkumpul dirumah. hari sabtu adalah hari yang paling sesuai untuk saya menyediakan masakan terbaik untuk keluarga.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous