Berita Penuh Kronologi Kes Bunuh Kim Jong-Nam Di KLIA

Berita Penuh Kronologi Kes Bunuh Kim Jong-Nam Di KLIA – Tanggal 13 Februari lalu, satu Malaysia digemparkan dengan kematian seorang lelaki warga korea yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Berita kematian warga Korea Utara tersebut, Kim Jong-Nam, 46 menjadi sangat hangat dan sensasi kerana mangsa adalah abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un.

Beliau dilaporkan mati dibunuh selepas kepalanya diserkup dengan kain yang mengandungi cecair beracun di satu sudut balai pelepasan KLIA.

kronologi kes bunuh kim jong nam

Berita Penuh Kronologi Kes Bunuh Kim Jong-Nam Di KLIA

Jong Nam dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas KLIA, untuk menaiki penerbangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, seorang wanita dilaporkan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair sebelum menghilangkan diri

Wajah suspek terbabit dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diteliti oleh sepasukan polis yang ditugaskan menjalankan siasatan kes berkenaan. Suspek yang mempunyai mirip wajah orang Korea itu mendekati mangsa sebelum menyerkup kepalanya secara tiba-tiba.

Katanya lagi, wanita berkenaan kemudian melarikan diri dan dipercayai bersama seorang lagi wanita lain yang berkemungkinan turut bersekongkol dengan suspek.

“Jong Nam yang mengalami pedih mata kemudian mendapatkan bantuan di kaunter KLIA sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan, ” katanya ketika dihubungi BH selasa lalu.

Semalam, van jenazah yang dipercayai membawa jasad Kim Jong-Nam beredar dari Hospital Putrajaya dan mayat mangsa dilaporkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan bedah siasat

Berita Penuh Kronologi Kes Bunuh Kim Jong-Nam Di KLIA

Van putih yang diiringi empat kenderaan polis itu dilihat bergegas keluar dari Hospital Putrajaya pada jam 8.55 pagi bagi mengelak daripada anggota media yang berkumpul di jabatan forensik hospital itu sejak petang selasa lagi.

Wartawan, termasuk media asing, terpinga-pinga apabila van itu meninggalkan hospital secara tiba-tiba.

Van jenazah dipercayai membawa mayat Kim Jong Nam meninggalkan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya pagi semalam dan difahamkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Namun, apa yang pelik adalah mangsa yang berusia 46 tahun itu, menggunakan dokumen perjalanan Korea Utara atas nama, Kim Chol seperti yang dilaporkan BH Online Selasa lalu
Pelbagai persoalan yang bermain di minda orang ramai mengapa beliau menggunakan dokumen perjalanan atas nama tersebut.

Bagaimanapun, dahulunya Jong-Nam pernah dianggap sebagai pewaris pemimpin Korea Utara, namun tidak direstui dan tinggal dalam ‘buangan’ serta banyak menghabiskan masa di Macau.

Mangsa juga dikenali sebagai peguam bela pembaharuan di Korea Utara. Beliau juga pernah memberitahu akhbar Jepun yang beliau menentang pemindahan kuasa dinasti di negara kelahirannya itu.

Dalam pada itu, Agensi Berita Korea Selatan, Yonyap memetik sumber negara berkenaan yang mendakwa pembunuhan itu telah dilakukan oleh ejen agensi perisikan Korea Utara, Reconnaissance General Bureau.

Dan apa yang lebih mengejutkan lagi, semalam BH Online melaporkan dua suspek wanita yang membunuh Kim Jong-Nam itu ditemui mati. Berita itu dikeluarkan oleh ketua biro ABC News, Joohee Cho si Seoul semalam.

Selain itu, wakil Channel News Asia, Michiyo Ishida turut melaporkan mayat kedua-dua yang membunuh Kim Jong Nam itu telah ditemui dengan memetik laman berita Kyodo News dari Jepun.*

Malah, setelah berita kematian suspek itu tersebar luas, semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan telah berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai merupakan suspek terbaru kes tersebut

Berita Penuh Kronologi Kes Bunuh Kim Jong-Nam Di KLIA

Pihak polis telah menahan seorang wanita warga asing yang menggunakan dokumen perjalanan Vietnam dengan nama Doan Thi Huong berusia 29 tahun, di KLIA2, kira-kira jam 8.20 pagi.

Ini susulan gambar seorang wanita dipercayai terbabit dalam kes kematian Jong-nam, tersebar di laman sosial sejak kelmarin. Gambar dipercayai hasil rakaman CCTV di KLIA2 itu memaparkan seorang wanita memakai kemeja T putih dengan tulisan ‘LOL’, skirt dan beg silang kecil.

Wanita itu dilihat menaiki sebuah teksi dan teksi berkenaan dikesan menurunkannya di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara.

Namun dalam laporan Free Malaysia Today (FMT), suspek mendedahkan bahawa dia fikir segala-galanya adalah prank. Oriental Daily berkata, wanita itu mendakwa bahawa rakan travel-nya itu telah meminta beliau untuk menyembur mangsa sebagai gurauan.

“Mereka memberitahu saya ia adalah sekadar gurauan. Saya tidak tahu ia bermaksud untuk membunuhnya,” kata suspek, seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian China.

Suspek berkata, empat lelaki yang travel bersamanya meminta beliau untuk melakukan prank dengan menyembur mangsa, dengan sejenis cecair manakala rakannya pula menutup muka mangsa dengan sapu tangan.

Manakala, buruan pihak polis terhadap seorang lagi suspek berakhir pagi tadi. Suspek yang berusia 25 tahun itu dikenali sebagai Siti Aishah berdasarkan dokumen perjalanannya disahkan seorang warga Indonesia

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mengesahkan perkara itu berkata, penahanan wanita berkenaan kira-kira jam 2 pagi tadi dibuat hasil pengecaman rakaman litar tertutup (CCTV) di KLIA2.

Ketika ditahan, suspek berseorangan. Siasatan masih berjalan dan tindakan diambil mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Jadi, agak-agaknya siapakah suspek yang berkemungkinan menjadi dalang kepada kes bunuh ini?

Presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Korea Selatan percaya bahawa Kim Jong-Un bertanggungjawab terhadap kematian Kim Jong-Nam. Namun begitu, Michael Madden, seorang pakar Amerika Syarikat yang berpangkalan di kepimpinan Korea Utara berkata bahawa “ia tidak menggambarkan imej Jong-Un atau sebarang kepentingan politik untuk menyebabkan adik tirinya dibunuh”.

Beberapa teori telah dicadangkan oleh pelbagai pihak mengenai mengapa Kim Jong-Nam telah dibunuh. Salah satu teori yang paling popular ialah mengenai hubungan rapat Kim Jong-Nam dengan China. Beliau boleh menjadi ancaman kerana beliau didakwa dan dianggap sebagai pengganti kepada Kim Jong-Un, yang mana mempunyai hubungan tegang dengan kepimpinan negara China.

Jong-Nam pernah merayu supaya tidak dibunuh selepas satu cubaan pembunuhannya gagal pada 2012. Sehingga kini, siasatan masih berterusan, dan spekulasi demi spekulasi terus dikeluarkan. – says.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih