Biodata Pelakon Alvin Chong

Pelakon Alvin Chong akan memastikan Suri Hati Mr Pilot bukan penampilan pertama dan terakhirnya menerusi drama berbahasa Melayu. Sebaliknya kata pemuda berusia 26 tahun ini, dia berazam mengukuhkan kedudukan dalam pasaran Melayu kerana tidak mahu mensia-siakan kepercayaan peminat yang menyokongnya sejak muncul dalam drama bersiri popular itu.

alvin chong

Biodata Pelakon Alvin Chong

“Jujurnya saya tak pernah menyangka atau membayangkan akan mendapat perhatian seperti ini walaupun watak saya dalam drama itu hanya sampingan sahaja.

“Tetapi saya harus bersyukur kerana drama itu telah memperkenalkan saya kepada peminat berbangsa Melayu.

Suri Hati Mr Pilot bukan penampilan pertama atau terakhir saya dan berazam untuk bekerja lebih kuat untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri tempatan,” katanya kepada mStar Online.

Selain Alvin, drama arahan Michael Ang itu turut dibintangi oleh Fattah Amin dan Neelofa.

Alvin juga sedang mengembangkan karier nyanyiannya di China.

Biodata Pelakon Alvin Chong

Dalam pada itu, Alvin berkata, dia bersyukur kerana banyak penerbit drama mula memberi perhatian kepadanya sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran kerana jadualnya padat.

Kata Alvin, pada tahap ini dia tidak kisah dengan apa juga watak diberi asalkan dapat menimba pengalaman selain memperkasakan penggunaan bahasa Melayu.

“Sejak drama itu berakhir saya ada beberapa projek drama termasuk siri menerusi sebuah portal dan beberapa projek lagi sehingga ada yang terpaksa saya tolak.

“Malah Michael Ang juga ada menawarkan saya berlakon dalam projek filem terbaharunya namun ia masih dalam peringkat perbincangan,” ujarnya.

Tambah Alvin, selain memfokus kepada karier di Malaysia dia juga sedang memperkukuhkan kedudukannya dalam industri muzik di China.

Alvin berkata, dia kini sering berulang-alik ke China bagi memenuhi undangan nyanyian selain melakukan aktiviti promosi di negara itu. – mStar

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih