Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2017/ 2018

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2017/ 2018 – Calon yang gagal dengan permohonan / tidak berjaya ditawarkan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2017 boleh mengemukakan permohonan rayuan. Permohonan rayuan itu boleh dikemukakan oleh calon dengan mengunjungi (walk-in) mana-mana institut yang terlibat atau yang dipohon.

rayuan kolej vokasional kv dan sekolah teknik smt

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2017/ 2018

CARA MEMBUAT RAYUAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) 2017/ 2018

Menurut pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung dengan perkara ini, calon yang tidak berjaya ditawarkan atau calon yang tidak memohon secara online (kes terlepas tarikh permohonan) boleh membuat rayuan melalui walk-in (menghadirkan diri) ke mana-mana institusi yang dipohon.

Info Permohonan Rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2017/ 2018

Sesi Walk-In Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang dijadualkan seperti dinyatakan di bawah.

Institusi                                                                                         Tarikh

Kolej Vokasional                                                                     24 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017

Sekolah Menengah Teknik                                                24 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017.

Keputusan Butiran Pemohon yang berjaya sepanjang tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan, juga keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi yang berkenaan.

Berkaitan Sekiranya selepas membuat semakan keputusan melalui Sistem Aplikasi Semakan tidak dinyatakan apakah dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa membuat rayuan di institusi berkaitan nanti, calon disarankan menyediakan salinan keputusan peperiksaan, dokumen, sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar dan menulis surat rasmi yang merujuk kepada pakej pilihan kursus serta institusi bagi permohonan rayuan tersebut.

Dengan menyediakan perkara berikut, ia dapat menunjukkan calon bersungguh-sungguh dan berminat untuk melanjutkan / mendapatkan pendidikan di institusi berkenaan. Rayuan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2017

Senarai Institusi Dan Kursus Ditawarkan KV / SMT, ILKA / ILKS, GiatMara, PAV

Permohonan rayuan di Institusi ILKA, ILKS dan Giatmara juga boleh dibuat dengan menghubungi atau mengunjungi (walk – in) ke institusi berkenaan bermula pada tarikh yang sama seperti KV dan SMT.

Maklumat Lanjut Butiran Sebarang maklumat lanjut dan terkini, sila hanya melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my.

Sumber: mysumber.com

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih