Cara Mengusir Tikus Dengan Berkesan

Cara Mengusir Tikus Dengan Berkesan – Memang jarang kita mendengar tikus bersarang dalam bonet enjin kereta berikutan dalam laporan media massa hanya melaporkan ular atau haiwan berbisa lain kerana ia melibatkan keselamatan pemilik kenderaan tersebut. Meskipun tikus tidak mengancam keselamatan pemilik kereta, namun ia boleh memberi kesan kepada kos baik pulih yang tinggi terhadap kerosakan yang disebabkan oleh tikus.

Dari pengalaman penulis, tikus apabila sudah menyukai bonet enjin kereta sebagai tempat berteduh ia akan terus mendiami ruangan tersebut walaupun pelbagai cara yang dilakukan untuk mengelakkan ia daripada bersarang. Perkara ini akan terjadi kepada kereta yang jarang digerakkan oleh pemiliknya atau kepada mereka tinggal di kawasan apartment atau flat serta di kampung ataupun kawasan yang menjadi tempat pembiakan tikus. Cara Mengusir Tikus Dengan Berkesan.

Cara Mengusir Tikus

Cara Mengusir Tikus Dengan Berkesan Dalam Bonet Enjin Kereta

Bagi menggelakkan perkara ini berterusan dan boleh menyebabkan kos baik pulih kerosakan yang tinggi angkara si tikus, berikut penulis sertakan tips untuk menggelakkan tikus bersarang dalam bonet enjin kereta dari pengalaman penulis sendiri.

Bahaya tikus bersarang dalam bonet enjin kereta kerana haiwan ini bukan duduk diam, malah ia akan mengigit kabel, wayar dan hos yang menghubungkan kepada komponen terpenting dalam enjin kereta serta membawa masuk sisa sampah sarap ke dalam bonet enjin kereta. Selain itu, ia akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan dalam bonet enjin kereta kerana tikus akan membuang najisnya di situ serta bau dari sisa sampah sarap yang dibawa masuk olehnya. Cara Mengusir Tikus Dengan Berkesan

GANTUNG BERUS SABUT DALAM BONET ENJIN KERETA

Beli sekurang-kurangnya empat berus sabut kemudian gantung dengan menggunakan “Cable Tie” atau “Dawai” di bahagian yang menjadi laluan-laluan mudah tikus masuk ke dalam bonet enjin kereta Kenapa guna berus sabut?. Sebab berus sabut ini tajam, bila terkena pada tikus akan menyakitkannya.

Percayalah tikus pasti takut untuk bersarang dalam bonet enjin kereta lagi Sekiranya kita menggunakan racun tikus, memang berkesan tetapi ia akan meninggalkan masalah lain seperti tikus mati dalam bonet enjin kereta tanpa kita sedari dan lama-kelamaan kereta akan bau bangkai tikus.

Pastikan juga mengantung berus sabut itu dengan kukuh selain tidak terkena kepada bahagian komponen enjin yang bergerak seperti kipas radiator, ataupun berhampiran bahagian lain yang berpontesi mendatangkan kerosakan apabila terkena berus sabut.

Sekiranya anda risau berus sabut berkenaan mendatangkan kerosakan lain pada enjin semasa kereta bergerak (terkena komponen atau perkara lain yang tidak diingini), jadi untuk menghilangkan rasa risau tersebut, setiap kali anda parking kereta, letakkan berus sabut tersebut ke ruang-ruang yang sering didudukinya dalam bonet enjin kereta.

Jika anda mahu gunakan kereta itu kembali, JANGAN TERLUPA pula buang berus sabut berkenaan dari bonet enjin kereta Kalau cara ini tidak berkesan juga menghalau tikus dari bersarang bonet enjin kereta, berkemungkinan tikus di kawasan anda memang dari spesis “luar biasa”.

Sumber: mysumber.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih