Cara Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017 Online

Cara Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017 Online dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada dijangkakan boleh dibuat mulai bulan Disember 2016. Tarikh sebenar akan dikemaskini bila diumumkan nanti.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah,  maklumat waris dsb. Kemaskini BR1M 2017

Kemaskini BR1M 2017

Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M 2017

  • Memohon dan kemaskini BR1M secara online

    Proses permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:

    https://ebr1m.hasil.gov.my

    Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

  • Memohon dan kemaskini BR1M 2017 secara offline

    Permohonan baharu dan pengemaskinian juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017 .

    Borang yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.

Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017

BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai Januari 2017. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran untuk maklumat lanjut.

Semakan keputusan Bantuan Rakyat 1Malaysia

Sila layari Semakan Status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk panduan semakan status permohonan BRIM.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia, sila hubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga maklumat ini berguna untuk semua.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih