Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup TV3

Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup TV3 – KUALA LUMPUR: Sudahlah kali pertama diberi watak utama dalam slot drama di TV3, berganding pula dengan pelakon jelita, Nelydia Senrose, segala-galanya membuatkan Daler Yusuf, 24, gelisah. Memulakan penggambaran dengan Nelydia, bakat baharu berdarah Melayu-Uzbekistan ini mengaku berdebar menerima tawaran pengarah, Hashim Rejab dalam drama yang diadaptasikan daripada novel Encik Suami Mat Salih Celup itu. lapor BH Online.

“Selepas drama LipLapRaya terbitan Hypptv, ini adalah kali kedua saya ditawarkan watak utama. Saya tak mampu selindungi rasa gementar kerana drama terbaharu ini akan ditonton di TV3.

“Macam-macam perasaan datang. Saya terfikir bagaimana pula reaksi penonton selepas drama ini disiarkan,” katanya kepada BH Online. Daler juga bimbang dengan mutu lakonannya apatah lagi dibandingkan dengan Nelydia. Facebook¬†Encik Suami Mat Salih Celup

Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup TV3

Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup TV3

“InsyaAllah, saya cuba buat yang terbaik. Rasa gementar jadi bertambah apabila digandingkan dengan Nelydia. Dia berbakat besar. Saya harap dia dapat berkongsi tip lakonan dengan saya.

“Sama seperti judulnya, saya akan menjadi Mat Salih celup dalam drama ini,” katanya.

Bermula sebagai model sejak berusia 19 tahun, Daler Yusuf mengaku perlu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon baharu.

“Saya tidak mahu menjadikan kelemahan berbahasa Melayu sebagai alasan diberi watak darah campuran atau orang luar negara. “Kalau boleh, saya nak bawa watak lelaki Melayu. Saya fikir soal wajah bukanlah penghalang. Lihat saja pelakon berdarah kacukan seperti Juliana Evans dan Siti Saleha. Mereka diterima baik kerana fasih berbahasa Melayu,” katanya.¬†Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup TV3

Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi romantik
Pengarah : Hashim Rejab
Idea Asal : Novel Encik Suami Mat Salih Celup karya Yumi Hyra
Pelakon : Daler Yusof, Nelydia Senrose, Zila Bakarin, Zalfa Zin, Nadiyah Shahab dan Boy Iman.
Tarikh Tayangan : April 2017
Saluran : Slot Dahlia TV3 [Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad]

 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih