Danial Lawak Solo Penyampai Baharu Era FM

Danial Lawak Solo Penyampai Baharu Era FM – Permulaan tahun 2017 ini memberi rezeki kepada juara program realiti Lawak Solo, Danialapabila menjadi penyampai baharu radio Era Fm. Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 24, mengendalikan segmen Era Solo (#ERASolo) bermula hari ini dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Slot yang diisi Danialsebelum ini dikendalikan penyampai radio Adi Fashla akan dipenuhi dengan tiga segmen iaitu Pantun, Parodi Artis dan Pilihan Artis.

danial lawak solo

Danial Lawak Solo Penyampai Baharu Era FM

Menerusi laman Facebook Era FM, netizen memuji persembahan pelawak yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi penyampai radio untuk pertama kali.

“Terbaik Danial, biarpun pertama kali ke udara,” tulis Mohd Suip. -MYNEWSHUB.CC

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih