DJI Inspire 2 Drone Khas Untuk ‘Shooting’ Filem dan Drama

DJI Inspire 2 Drone Khas Untuk ‘Shooting’ Filem dan Drama – Saya sudah selalu sangat tengok cerita korea. Tetapi bukan cerita drama ya. Saya suka menonton rancangan “Realiti TV Korea” seperti Running Man, Infinite Challenge, 1 Night 2 Days, Law Of The Jungle dan lain lain. Rancangan yang banyak menggunakan aktiviti luar selalunya melibatkan penggunaan “Drone” untuk membantu menangkap rakaman video dari atas, sisi dan pelbagai sudut lain. Hasilnya, rakaman video menjadi lebih cantik dan menarik untuk ditonton. Kalau anda perasan, sebelum ini, pihak pembuat filem atau movie akan menggunakan “kren” untuk mengambil “shoot” dari posisi atas. Sekarang sudah berbeza.

DJI Inspire 2 Drone Khas Untuk ‘Shooting’ Filem dan Drama

Sekarang banyak shooting rakaman video untuk posisi sudut yang sukar di bantu oleh drone atau lebih tepat lagi kita sebut ianya sebagai Quadcopter iaitu sebuah drone yang mempunyai 4 kipas di sekelilingnya. Tetapi kebanyakkan drone walaupun sesuai untuk tugasan merakam video dari atas atau sudut yang lain, ianya tidak dicipta pada asalnya untuk membantu rakaman video untuk industri besar seperti perfileman. Tetapi kini sudah ada. Sebab itulah pengeluar drone popular iaitu jenama DJI telah memperkenalkan drone DJI Inspire 2.

DJI Inspire 2 Drone

DJI Inspire 2 Quadcopter

DJI Inspire 2 Drone Khas Untuk ‘Shooting’ Filem dan Drama

Review Ringkas Dron DJI Inspire 2

DJI Inspire 2 telah di lancarkan pada 15 November 2016. Perkara pertama yang dititik beratkan adalah tempoh masa penerbangan dan juga kelajuan penerbangan. Dengan dron DJI Inspire2 ini, anda boleh membuat penerbangan dron selama 27 minit. Dan kelajuan dron pula ditingkatkan kepada 108 kilometer sejam. Bagi saya ianya sangat laju. Kalau dron DJI Inspire ini dicipta untuk kegunakan industri perfileman dan aktiviti lasak, saya sangat setuju. Lihat spesifikasi di sini – [ Dji Inspire2 Spec ]

DJI Inspire 2 Drone Khas Untuk ‘Shooting’ Filem dan Drama

Rasanya tidak perlu kita tanyakan akan spesifikasi kualiti kamera rakamannya. Mungkin anda biasa mendengar kualiti rakaman sehingga 4K betul? Untuk DJI Inspire 2 ini, ianya mampu merakam sehingga 5.2K. Ianya dibina untuk perfileman. Sudah tentu lensa kameranya sangat berkualiti. Harga jualan diperkiraan sekitar bermula $2999 (~RM 13100) jika kita menukarkan kepada ringgit Malaysia. Tidak tahu bila ianya akan memasuki Malaysia. Tetapi anda boleh beli dan dapatkannya secara online dengan klik link di bawah. Selamat merakam video. – wanwidget.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin
  2. Anonymous