Live Streaming TV Drama Bahagia Kasihmu

Akan datang Live Streaming TV Drama Bahagia Kasihmu akan bersiaran di Slot Zehra TV3. Terbitan A.Aida Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Nazir Jamaludin. Drama ini merupakan adaptasi dari novel dengan judul yang sama hasil novelis Fatin Nabila.

Drama Bahagia Kasihmu Lakonan Eyka Farhana Dan Fezrul Khan

Live Streaming TV Para Pelakon Drama Bahagia Kasihmu

Eyka Farhana, Fezrul Khan, Aedy Ashraf, Fazlina Ahmad Daud, Julia Ziegler, Tisha Shamsir, Zaidi Omar dan ramai lagi

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7
Episod 8 Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13

Live Streaming TV Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu

Tasnim, seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Tunas Bakti (pusat pemulihan akhlak). Dia cekal mahu merubah hidupnya dengan berpegang dengan keimanan. Namun cabaran yang bertandang membuatkan dia hampir tersungkur. Tekanan orang-orang sekeliling seakan tiada ruang untuk dia menjadi yang terbaik kepada diri sendiri. Pangkat dan darjat, tetap jadi keutamaan sesetengah manusia, biarpun kebenaran jelas terbentang. Namun Tasnim tetap terus bangkit. Berjuang demi dirinya sendiri.

Versi Novel Bahagia Kasihmu

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. “Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.” Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta? Drama Bahagia Kasihmu Lakonan Eyka Farhana Dan Fezrul Khan

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

Saksikan drama terbaru Bahagia Kasihmu akan muncul di Slot Zehra TV3 atau siaran awal di portal Tonton.

drama bahagia kasihmu

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih