Drama Namaku Bedah Lakonan Aishah Azman Dan Nadzmi Adhwa

Drama Namaku Bedah Lakonan Aishah Azman Dan Nadzmi Adhwa – TV9 membawakan drama berjudul Namaku Bedah di slot terbaharu menggantikan slot Azalea iaitu Kelakarama yang bersiaran setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam. Drama ini adalah drama pertama yang bakal memulakan siaran pada 5 Februari ini. Drama ini merupakan terbitan Tanah Beris Film Productions dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua.

drama namaku bedah

Para Pelakon Drama Namaku Bedah

Aishah Azman, Syainie Aida, Niezam Zaidi, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Rashidah Jaafar, Rosnah Mat Aris dan Razak Ahmad.

Sinopsis Namaku Bedah

Namaku Bedah mengisahkan Bedah(Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedahnamun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedahmalah dijadikan bahan ejekan.

Drama Namaku Bedah Lakonan Aishah Azman Dan Nadzmi Adhwa

Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul. Selepas tamat persekolahan, Bedahtelah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedahmenjadi perhatian ramai pelajar lelaki.

Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedahbertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedahterpegun dengan ketampanan Zuhairi.

Rupa-rupanya Bedahtidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedahmenggunakan nama samaran sebagai Puteri Anis. Bedahsangat teruja sehingga apa yang dilakukannya serba tak kena.

Bedahjuga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar.

Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya. Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis.

Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya.

Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkar.

Dapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah?

Ikuti drama Namaku Bedah yang bersiaran 20 episod setiap Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

  • neelofa dan raja muda selangor
  • neelofa dan rms
  • neelofa dengan raja muda selangor
  • gosip neelofa dengan raja muda selangor
  • hubungan raja muda selangor dan neelofa
  • neelofa bakal pemaisuri raja muda selangor
  • RMS dengan neelofa
  • neelofa dengan raja muda selangor
  • neelofa digossip dengan raja muda selamgor
  • neolofa dilamar raja muda selangor

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih