Analisis eGTukar Pertukaran Guru Jun 2017/ 2018

Analisis eGTukar Pertukaran Guru Jun 2017/ 2018 РTarikh tutup permohonan eg tukar semakin hampir. Jika ada yang masih belum sempat memohon eg tukar guru, baiklah memohon dengan cepat dan minta guru besar sahkan permohonan pertukaran guru anda dengan segera. Seperti kita sedia maklum, pada tahun ini permohonan hanya dibuka sekali dalam setahun dan ada ura-ura mengatakan yang permohonan ini akan digunapakai untuk 3 kali sesi pertukaran.

Analisis eGTukar Pertukaran Guru Jun 2017

Analisis eGTukar Pertukaran Guru Jun 2017/ 2018

3 kali sesi pertukaran guru adalah pada Jun 2017, Oktober 2017 dan Januari 2018. Tidak dapat dipastikan kesahihan berita ini.

Adakah peluang kita cerah atau gelap untuk bertukar ke daerah yang diingini??

Jika diperhatikan pada analisis pertukaran sama ada di peringkat rendah atau menengah, terdapat permohonan kemasukan yang luar biasa tetapi permohonan keluar yang sangat sedikit.

Berikut merupakan analisis 2016 bagi permohonan sekolah rendah.

Analisis eGTukar Pertukaran Guru Jun 2017

Bagi permohonan sekolah rendah, bagi mereka yang ingin memasuki Kelantan sangat banyak persaingan kerana 2080 orang yang memohon masuk Kelantan tetapi hanya 51 sahaja permohonan keluar daripada Kelantan. Boleh dikatakan 400 kali ganda permohonan masuk berbanding permohonan keluar.

Permohonan keluar dari sarawak pula sangat tinggi sehingga 2527 permohonan diikuti dengan selangor sebanyak 2026 permohonan. Harap dipertimbangkan kepada permohonan dari sarawak berbanding selangor jika masing-masing memilih negeri yang sama kerana ada yang sudah lebih dari 10 tahun berada di sarawak.

Analisis eGTukar Pertukaran Guru Jun 2017/ 2018

Berikut merupakan analisi bagi permohonan sekolah menengah.

 

Bagi sekolah menengah juga, tiada banyak beza nya kerana permohonan masuk ke Kelantan sangat banyak berbanding keluar. Hanya 33 sahaja permohonan keluar berbanding 1915 permohonan masuk setakat ini.

Berbeza dengan situasi sekolah menengah, permohonan keluar banyak dipohon di negeri Johor dan sarawak di tempat kedua terbanyak.

Diharapkan, keputusan permohonan kali ini lebih memihak kepada mereka yang berhak dan sangat memerlukan pertukaran tersebut sama ada berkait dengan keluarga, rumah tangga, keselamatan, kesihatan, dan kewangan. Analisis eGTukar Pertukaran Guru Jun 2017

In sha Allah sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah s.w.t

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous