Filem Polis Evo 2 Akan Datang

Filem Polis Evo 2 Akan Datang – Filem Polis Evo yang ditayangkan pada tahun 2015 mengambil masa yang tidak lama untuk mendapat kutipan box office. Pelbagai reaksi dan komen positif diberikan kepada filem arahan Ghaz Abu Bakar itu. Jadi memang tidak hairanlah pihak studio tidak teragak-agak untuk menghasilkan filem Polis Evo 2.

Filem Polis Evo 2

Zizan Razak dan Shaheizy Sam kembali dalam Polis Evo 2

Filem Polis Evo 2 Nantikan Kemunculan..

Masih lagi dalam kesamaran, tidak banyak update diberikan kerana proses pengembaraan belum lagi bermula. Zizan Razak yang memegang watak Inspektor Hasani telah memuat naik satu gambar bersama dengan Shaheizy Sam [Inspektor Khai] dengan hashtag #polisevo2. Kedua mereka nampakanya dalam proses diet untuk filem terbaru mereka. Komen-komen dari peminat Zizan memang ramai yang menantikan filem polis evo 2 ini.

Caption by Zizan Razak [gambar kat atas]

Menjaga makan diet yang betol supaya badan seperti VAN DIESEL.. dan bukan van bawak ikan oleh @ezdiet dan dengan ini Zizan dan @shaheizy_sam akan menjadi The Hulk tak lama lagi. Nantikan kesasaan kami.. #ezdiet #polisevo2

Lagi update dari instagram Zizan Razak berkaitan filem Polis Evo 2.

Sinopsis Polis Evo

Inspektor Sani begitu terkejut melihat mayat tersebut. Dia begitu mengenali mangsa tersebut, yang mana bekas cikgunya sendiri iaitu Cikgu Adli Hashim (Wan Hanafi Su). Kematian bekas cikgunya itu menguatkan lagi semangat Inspektor Sani untuk menyiasat kes ini sedalamnya.

Siasatan menjadi mencabar apabila Inspektor Sani diarahkan oleh ketua polis Terengganu iaitu ASP Mokhtar (Harun Salim Bachik) untuk bekerjasama dengan Inspektor Khai (Shaheizy Sam). Inspektor Khai dan Sani masing-masingnya mempunyai personaliti yang berbeza. Hal ini menyebabkan kedua-duanya tidak serasi.

Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Suatu hari, Inspektor Sani telah membawa rakan setugasnya Inspektor Khai balik ke rumahnya.

Yati (Eyka Farhana) yang leka menonton televisyen teruja melihat abangnya ditemubual oleh wartawan. Inspektor Sani masuk tv untuk wawancara kes dadah. Inspektor Sani tersenyum gembira melihat dirinya di kaca tv.

Anis (Nora Danish) dan Inspektor Khai saling bertentangan mata. Inspektor Khai terpesona melihat kecantikan adik Inspektor Sani. Begitu juga Anis, dia sendiri juga jatuh hati pada rakan setugas abangnya.

Ketika penjahat menyelongkar rumah Cikgu Adli mencari bungkusan dadah, Maya (Mimie Ernida) terkejut melihat penjahat berada di rumahnya. Dia cuba bersembunyi di bilik namun kehadirannya disedari oleh penjahat tersebut. Pergelutan berlaku hingga menyebabkan Maya tercedera dan koma.

Penjahat yang dikenali sebagai Izrail (Hushairi Husain) datang ke hospital dan ingin membunuh Maya. Inspektor Khai dan Inspektor Sani berusaha menyelamatkan Maya. Izrail ingin melenyapkan Maya agar Maya tidak dapat mendakwa mereka kelak. Ini kerana Maya telah melihat siapa dalang yang membunuh ayahnya. Juga orang yang telah membakar rumah mereka.

Kerjasama yang baik antara Inspektor Khai dan Inspektor Sani telah menyelamatkan nyawa Maya. Izrail mensasarkan Anis dengan menjadikan Anis sebagai tebusan. Inspektor Sani gelisah bila mendapati adiknya telah ditangkap oleh penjahat.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani berjaya mengepung lokasi tempat persembunyian penjahat. Pihak polis dan penjahat berbalas tembakan. Izrail mati di tempat kejadian. Anis pula berjaya diselamatkan.

Inspektor Khai kini menjadi sebahagian dalam keluarga Inspektor Sani. Apa-apa aktiviti keluarga, pastinya Khai akan dijemput sama. Khai dan Anis menyulam bunga-bunga cinta. – Tamat –

Pelakon Filem Polis Evo

Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
Harun Salim Bachik sebagai ASP Mokhtar (Ketua Polis)
Hushairi Husain sebagai Izrail (Ketua Penjahat)
Nora Danish sebagai Anis (Adik Insp. Sani)
Eyka Farhana sebagai Yati (Adik Insp. Sani)
Kamaliah Mat Dom (Ibu Insp. Sani)
Wan Hanafi Su sebagai Cikgu Adli Hashim
Mimie Ernida sebagai Maya
Azliyuszaini sebagai Jemang
Pablo Amirul sebagai Jimbo
Amerul Affendy sebagai Mat Yam
A. Galak (Polis, supervisor Inspektor Khai)

Original Sound Track OST filem Polis Evo
Lagu: Evo
Penyanyi: Joe Flizzow dan SonaOne

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih