Padah Gejala Penyakit Jantung Koronari

 Gejala Penyakit Jantung

Padah Gejala Penyakit Jantung KoronariPENYAKIT jantung koronari dianggap `musuh utama’ bagi penduduk dunia khususnya masyarakat Malaysia. Sejak tiga dekad yang lalu, penyakit jantung terus menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia dengan kira-kira 8,000 orang pesakit baru setiap tahun dan 35% kematian melibatkan individu di bawah umur 60 tahun.

APA ITU GEJALA PENYAKIT JANTUNG KORONARI?

Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai penyakit koronari arteri. Perkataan koronari bermakna `mahkota’. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.

Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Serangan jantung terjadi apabila arteri yang sempit tadi secara tiba-tiba menjadi tersumbat sepenuhnya oleh darah beku. Otot-otot jantung yang mendapat bekalan darah daripada arteri yang tersumbat itu tidak mendapat oksigen dan sekiranya aliran darah tidak dipulihkan dengan kadar segera, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.

SAKIT DADA SIMPTOM YANG PERLU DIKHUATIRI

Antara simptom utama adalah sakit di bahagian dada atau dikenali sebagai angina pectoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami apabila seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada, rasa berat dan senak pada dada Simptom yang lain adalah seperti:

1- Rasa sakit di leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.

2- Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti

3- Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada

4- Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.

5- Kepala berpusing

6- Badan lemah serta berpeluh sejuk

Padah Gejala Penyakit Jantung Koronari

EVOLUSI TEKNOLOGI PERUBATAN

Biosensors International Group, Ltd., pembangun, pengeluar dan pemasar peranti perubatan inovatif untuk prosedur kardiologi intervensi dan rawatan kritikal, telah memperkenalkan BioFreedom™, satu sistem sten bersalut ubat tanpa polimer sempena Kongres Persekutuan Kardiologi ASEAN ke-20.

Sten adalah tiub jaring halus yang digunakan untuk memastikan saluran arteri yang mengecil kekal terbuka agar darah boleh mengalir dengan sempurna bagi penghidap penyakit jantung koronari. Dengan perkembangan teknologi, bidang Kardiologi telah beralih daripada belon angioplasti kepada sten bersalut ubat, yang mempunyai polimer sebagai salah satu komponen bagi mengawal pelepasan ubat.

BioFreedom™ merupakan perkembangan terbaru dalam teknologi sten Biosensors. Ia mempunyai permukaan abluminal berstruktur mikro yang membolehkan pelepasan Biolimus A9™ (BA9™) secara terkawal tanpa menggunakan polimer. BA9™ merupakan sejenis ubat anti-restenosis yang amat lipofilik, bermakna ia larut di dalam lemak dan mencegah arteri yang telah dirawat daripada sumbat semula. Sten BioFreedom™ memberi harapan kepada para pesakit terutama mereka yang mempunyai risiko pendarahan yang tinggi.

Polimer adalah pelapik yang mengelilingi sebahagian daripada atau keseluruhan sten. Fungsinya adalah untuk menyimpan ubat dan melepaskannya perlahan-lahan dalam tempoh beberapa bulan. Selepas ubat tersebut dilepaskan sepenuhnya, polimer tersebut menjadi tidak berguna. Secara teori, ia boleh dikaitkan dengan reaksi alergi yang berpotensi membawa kepada pembentukan gumpalan darah. Pencegahan pembentukan gumpalan darah inilah yang menjadi punca penggunaan agen dwiantiplatelet.

Selain daripada konsep sten, para doktor juga perlu memahami kepentingan mencairkan darah apabila sten diimplan menggunakan terapi Dual-Anti-Platelet (DAPT), yang perlu dijalankan selepas mengimplan sten bagi mencegah arteri yang mengandungi sten tersumbat secara tiba-tiba akibat daripada gumpalan darah.

PENULARAN PENYAKIT MELALUI ‘KERETA SEWA’

Saat anda menyewa kereta, pasti hanya memikirkan harga dan jenis kereta disewa. Tapi, adakah anda pernah terfikir sama ada kereta tersebut bersih atau tidak? Adakah selamat untuk anda gunakan dan siapa pengguna terakhir? Yang pasti kereta sewa digunakan secara berganti-ganti dengan pelbagai ragam kesihatan. Jika seseorang yang sakit menggunakan kereta sewa, bakterianya masih tertinggal di dalam kereta.

Laman sesawang Todays Mail, merekodkan kajian Dr Robert Glatter pakar dari New York City’s Lenox Hill Hospital setelah mengadakan ujian laboratorium dan mendapati dari dari enam buah kereta yang diuji, hanya dua yang benar-benar bersih. Empat buah kereta lain ternyata kotor dan menemui banyak bakteria, termasuk bakteria dari kotoran manusia yang tertinggal di kusyen dam stereng kereta.

Padah Gejala Penyakit Jantung Koronari

UBATI KEJANG KAKI DENGAN AIR MASAK

Salah satu manfaat bersenam adalah menjaga kesihatan terutama sekali kesihatan otot. Menjaga kelenturan otot tubuh bukan saja menghindarkan diri dari pelbagai penyakit, tetapi juga berperanan dalam melancarkan peredaran darah.

Namun, sekiranya anda mengalami kekejangan, jangan risau. Ada solusi mudah seperti yang dinyatakan oleh newhealthguide.org,  iaitu meminum air masak dapat membantu melancarkan peredaran darah dan meregangkan otot-otot daripada jaringan tubuh yang bermasalah dalam tempoh amat singkat. Ini kerana keadaan hidrasi (kekurangan air) dan bertambahnya suhu menjadikan otot mudah kejang.

GANGGUAN TIDUR ‘SLEEP APNEA’

Adakah anda pernah mengalami rasa mengantuk seperti tidak tidur semalaman padahal anda tidur telah dengan nyenyaknya. Gangguan tidur ini dipanggil ‘sleep apnea’.

Berdasarkan kajian dari everydayhealth.com, gangguan tidur ‘sleep apnea’ adalah keadaan kesulitan bernafas secara berulang ketika tidur.

Ada kalanya anda berhenti bernafas sejenak dan kemudian bernafas semula, termasuk berdengkur dan tersedak ketika tidur.

Gangguan tidur ini kebiasaannya akan menyerang mereka yang memiliki berat badan berlebihan, namun boleh dihidapi sekiranya lahir dari keluarga yang mengalami gangguan ini.

Keadaan pernafasan yang tidak teratur, menyebabkan oksigen disekat dan tidak sampai pada otak secara optimum. Akibatnya, anda masih berasa mengantuk dan penat saat bangun daripada tidur. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous