Harga Mercedes-Benz E300 Terbaru Didedah

Harga Mercedes-Benz E300 Terbaru Didedah – Mercedes-Benz Malaysia telah mendedahkan harga bagi model W213, iaitu sekitar RM458,888 (harga atas jalan, tanpa insurans). Ini melengkapkan lagi harga bagi semua barisan E-Class, termasuk E 250 Exclusive, E 250 Avantgarde dan E 200 Avantgarde (yang telah didedahkan lenih awal).

E 300 memiliki kuasa 241 hp (245 PS) dan tork 370 Nm dari enjin petrol M 274 DE 20 AL 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 9G-Tronic torque-converter sembilan-kelajuan dengan pedal penukar gear Direct Select, yang menyalurkan kuasa ke roda belakang.

harga mercedes benz e300

Harga Mercedes-Benz E300 Terbaru Didedah

Penjana kuasa ini membolehkan E 300 dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 6.3 saat, dan ia turut didatangkan dengan lima mod operasi pilihan (Comfort, Eco, Sport, Sport serta Individual) menerusi suis Dynamic Select. Bagi meminimakan penggunaakn bahan api, enjin ini turut dilengkapi dengan fungsi ECO start/stop.

Elemen standard pada model E 300 ini termasuklah rim aloi ringan lima jejari-berkembar AMG 19-inci, Keyless-GO, akses but bebas-tangan, kamera 360-sudut, lampu utama Multibeam LED, bumbung panoramik, pengecas telefon bimbit tanpa wayar dan material kulit Artico yang membaluti papan pemuka dan paparan utama.

Harga Mercedes-Benz E300 Terbaru Didedah

harga mercedes benz e300

Ia juga dilengkapi dengan kokpit skrin yang lebar secara standard dalam pakej elemen, termasuk dua skrin 12.3-inci, setiap satunya dengan resolusi 1,920 x 720 piksel. Kokpit digital ini juga didatangkan dengan tiga rekaan skrin iaitu Classic, Sport dan Progressive.

Bagi hiburan, ia dikendalikan oleh sistem COMAND online dengan sambungan Apple CarPlay dan Androin Auto, Touch Control sentuhan-sensitif pada roda stereng dan kawalan konsol tengah. Bersama sistem ini, turut dipadakan dengan sistem bunyi sekeliling Burmester bersama 13-pembesar suara dan sembilan saluran untuk amplifier. Harga Mercedes-Benz E300 Terbaru Didedah

Untuk mengetahui lebih terperinci mengenai model ini E 300, sila layari CarBase.my.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih