Harga Samsung A7 Model Terbaharu Samsung

Harga Samsung A7 Model Terbaharu SamsungSamsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd pada Khamis melancarkan dua peranti baharu dalam Galaxy A Series (2017), iaitu Galaxy A5 dan Galaxy A7.

Naib Presiden IT dan Unit Perniagaan Mudah Alih, Lee Jui Siang, berkata Galaxy A5 dan Galaxy A7 adalah model terbaru di pasaran Malaysia dan akan memenuhi keperluan orang ramai yang mendambakan kespontanan serta kenikmatan hidup dengan cara paling memuaskan.

“Untuk pertama kali dalam Galaxy A Series, kami menjadikan varian 2017 sebagai kalis habuk dan air,” katanya pada majlis pelancaran itu di sini.

Menurutnya, kedua-dua peranti itu adalah yang pertama dalam telefon pintar kelas pertengahan Samsung mempunyai penarafan kalis habuk dan air IP68.

harga samsung a7

Harga Samsung A7,  Galaxy A5 Model Terbaharu Samsung

Peranti terbabit juga dilengkapi kamera depan 16 megapixel dan kamera belakang dengan f1.9 lensa dan cahaya untuk imej lebih jelas dan cantik walaupun dalam cahaya suram atau pada waktu malam, serta mempunyai satu ciri baharu, iaitu butang kamera terapung yang boleh digerakkan dengan bebas di atas skrin.

Galaxy A Series baharu (2017) juga telah dipertingkat kepada ketumpatan tinggi penuh 5.7 inci dan 5.2 inci paparan skrin Super AMOLED. Harga Samsung A7 Model Terbaharu Samsung.

Ciri lain termasuk bateri yang lebih besar – 3,600mAh untuk A7 dan 3,000mAh untuk A5, keupayaan cas lebih pantas, penstoran boleh diperbesar sehingga 256GB, folder lebih selamat dan Samsung Cloud.

harga samsung a7

Harga Samsung A7 Model Terbaharu

Boleh diperoleh dalam warna Black Sky dan Gold Sand, model terbabit akan dijual di kedai jenama Samsung di seluruh negara mulai 25 Januari pada harga runcit RM1,899 untuk Galaxy A7 dan RM1,699 untuk Galaxy A5, termasuk cukai barang dan perkhidmatan.

Tempahan awal untuk peranti baharu itu boleh dibuat di outlet terpilih mulai 6 hingga 15 Januari dan boleh diambil mulai 25 Januari.

Untuk tempahan awal dalam talian, pembeli boleh mendapatkannya dari kedai dalam talian Samsung di Lazada dan 11street. – BERNAMA

harga samsung a7

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih