Jadual Bas Percuma IKEA Cheras Dan Damansara

Satu kelebihan apabila anda ingin membeli belah di IKEA adalah adanya perkhidmatan bas percuma (shuttle bus) yang disediakan oleh pihak IKEA khusus untuk pergi dan balik ke IKEA Mutiara Damansara dan IKEA Cheras. Ia merupakan kemudahan yang sangat berguna sekiranya anda tidak mahu bersusah payah untuk memandu kenderaan sendiri. Namun kekurangannya adalah, anda terpaksalah angkut barang yang dibeli di IKEA naik bas tersebut! Kalau barang berat dan besar, Hmmm… renung-renungkanlah. Lagi pun bas percuma ini hanya disediakan untuk mengambil dan menghantar penumpang di lokasi yang ditetapkan sahaja.

ikea cheras IKEA Mutiara Damansara

Jadual Bas Percuma IKEA Cheras Dan Damansara

Berikut adalah lokasi dan jadual perjalanan bas percuma (shuttle bus) untuk ke IKEA.

#1. IKEA Mutiara Damansara

Lokasi Hentian Bas

  • Hentian Bas Stesen LRT Kelana Jaya
  • Pintu masuk Ground Floor IPC (Ikano) Shopping Centre. (Bersebelahan Gedung IKEA)

Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Hentian Bas Stesen LRT Kelana Jaya

  • Hari : Isnin ~ Ahad
  • Masa : 9.00 pagi, 11.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang, 5.00 petang, 7.00 petang, 9.00 malam

Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Pintu masuk Ground Floor IPC (Ikano) Shopping Centre.

  • Hari : Isnin ~ Ahad
  • Masa : 10.00 pagi, 12.00 tengahari, 2.00 petang, 4.00 petang, 6.00 petang, 8.00 malam, 10.30 malam

#2. IKEA Cheras

Lokasi Hentian Bas

  • Hentian Bas Stesen LRT Chan Sow Lin
  • Pintu masuk utama IKEACheras

#Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Hentian Bas Stesen LRT Chan Sow Lin

  • Hari : Isnin ~ Ahad
  • Masa : 9 pagi, 9.30 pagi, 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengahari, 2 petang, 3 petang, 4 petang, 6 petang, 7.30 malam & 8 malam

#Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Pintu masuk utama IKEA Cheras

  • Hari : Isnin ~ Khamis
  • Masa : 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengahari, 2.00 petang, 3.00 petang, 4.00 petang, 5.00 petang , 6.00 petang, 7.30 malam, 8.00 malam, 9.30 malam, 10.00 malam

#Jadual Perjalanan Bas Percuma dari Pintu masuk utama IKEA Cheras

  • Hari : Jumaat ~ Ahad
  • Masa : 10.30 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengahari, 2.00 petang, 3.00 petang, 4.00 petang, 5.00 petang , 6.00 petang, 7.30 malam, 8.00 malam, 9.30 malam, 10.00 malam, 10.30 malam, 11.00 malam

#Perhatian : Masa dan jadual perjalanan bergantung kepada situasi semasa trafik jalanraya.

Jadual Bas Percuma IKEA Cheras Dan Damansara
Perhatikan papan tanda ini! Di sinilah lokasi bas berhenti.

p/s: Berhati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat pergi dan balik. Selamat membeli-belah di Gedung IKEA! – bmblogr.blogspot.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous