Inilah Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Berdarah

Inilah Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Berdarah – Contoh jawapan tugasan folio Sejarah PT3 2017 peristiwa berdarah dan bersejarah ditempat tinggal anda. Calon dikehendaki menyelesaikan tugasan instrumental Sejarah PT3 2017 berjudul satu peristiwa bersejarah di kawasan tempat tinggal anda. Hasil laporan anda hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan. Calon wajib menyiapkan tugasan ini dalam tempoh pelaksanaan bermula 2 Mei 2017 sehigga 27 Mei 2017. Berikut adalah panduan dan contoh jawapan tugasan sejarah PT3 2017. Peristiwa pencerobohan Lahad Datu Sabah menjadi contoh utama dalam tugasan kali ini kerana peristiwa berdarah ini meninggalkan banyak kenangan pahit dan kesan patriotisme yang mendalam terhadap sejarah Malaysia.

Inilah Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Berdarah

Inilah Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Berdarah

Soalan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah Di Tempat Anda

Senarai Penting Tugasan PT3 2017 Peristiwa Bersejarah Di Tempat Anda

Skema Pemarkahan Tugasan Sejarah PT3 2017

1.Perancangan Awal  (8 Markah) – Menyediakan perancangan yang tepat, lengkap dan realistik serta mempamerkan kesungguhan.

  • Jadual  kerja
  • Objektif Kajian
  • Kaedah Kajian
  • Tajuk

2. Proses Awal (10 Markah) – Mengumpul maklumat berdasarkan pelbagai sumber rujukan

3. Kerangka Awal Penulisan (10 Markah)– Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh.

4. Pengenalan (5 Markah) – Menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda.

5. Faktor (20 Markah)– Menerangkan dan menghuraikan faktor berlakunya sejarah ditempat anda.

6. Kronologi (20 Markah)– Menerangkan dan menghuraikan kronologi sejarah ditempat anda.

7. Kesan Peristiwa Bersejarah (15 Markah)– Menilai kesan/ impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara.

8. Rumusan (5 Markah)– Rumusan yang merangkumi semua aspek dan sangat releven dengan tugasan. Rumusan mestilah mengandungi nilai murni dan nilai patriotisme.

9. Rujukan (5 Markah)– Sumber rujukan yang releven

10. Penilaian Umum (2 Markah)– kemas tersusun dan penggunaan bahasa yang baik dan memuaskan.

Contoh Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Bersejarah Di Tempat Anda

Proses Awal: Perancangan jadual kerja/ senarai semak

Jadual Perancangan Kerja/ Senarai Semak Tugasan Sejarah PT3 2017

Isi Kandungan Tugasan Sejarah PT3 2017

Kerangka Awal Kasar Penulisan Sejarah PT3 2017

Kerangka awal / kasar dibina sebagai draf kepada tugasan anda. anda perlu menghuraikan serba sedikit secara ringkas isi yang anda akan huraikan di dalam tugasan penuh. Kiranya kerangka kasar ni meliputi isi penting sahaja (point form). Inilah Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2017 Peristiwa Berdarah

A) Tajuk Kajian : Krisis Pencerobohan Tentera Sulu Di Tanduo, Lahad Datu Sabah

B) Nama Penulis: Mohd Azim Bin Mohd Ridhwan

C) Objektif Kajian: Mengkaji kesan dan faktor tragedi hitam Pencerobohan Tentera Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah

D) Kaedah Kajian: Terdapat 5 kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik dan releven bagi menjayakan tugasan ini antaranya adalah:

  • Kaedah Rujukan Ilmiah: Akhbar
  • Kaedah Rujukan Internet: Nyatakan sumber pautan laman web
  • Kaedah temubual/ temu ramah: Menemu ramah penduduk di lokasi kejadian bersejarah
  • Pemerhatian: Melawat lokasi peristiwa bersejarah
  • Media: Rakaman video dari sumber berita televisyen TV3 dan Astro Awani. Akhbar online seperti Sinar Harian, Berita Harian dan petikan Bernama.

E) Pengenalan – Menghuraikan latar belakang lokasi dan bagaimana bermulanya peristiwa bersejarah

(sila huraikan pengenalan peristiwa bersejarah ditempat anda dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)

  • Krisis pencerobohan tentera sulu di Lahad Datu bermula di Kampung Tanduo, Felda Sahabat. Kampung Tanduo terletak kira-kira 120 KM dari pekan Lahad Datu.
  • Peristiwa bersejarah bermula apabila sekumpulan lelaki dengan pakaian berceloreng tiba di Kampung Tanduo pada 12 Februari 2013 dipercayai dihantar oleh Jamalul Kiram III.
  • Kumpulan ini mendakwa Sabah adalah hak kesultanan sulu dan Sabah harus dituntut dari Malaysia.
  • Rundingan antara Malaysia dan Tentera Sulu gagal mencapai kedamaian apabila tentera Sulu memilih untuk berperang secara gerila.
  • Pada 1 Mac 2013, pertempuran pertama berlaku menyebabkan kematian dua anggota PDRM.

F) Faktor Berlakunya Peristiwa Bersejarah Di Lahad Datu Sabah

(sila huraikan faktor tragedi bersejarah ditempat anda dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)

  • Pertelingkahan tuntutan kawasan-  Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu. Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara pada ketika dahulu dibawah milik Kesultanan Sulu sebelum diserahkan kepada British. Kesultanan Sulu merasakan perjanjian ambil alih Sabah oleh British tidak sah dan Sabah sepatutnya masih kekal dibawah milik kesultanan Sulu.
  • Kelemahan sistem pertahanan di perairan Sabah- Sebelum ketibaan tentera Jamalul Kiram, Sabah leka dengan keselamatan sistem perairan menyebabkan 100 lebih tentera Jamalul Kiram tiba di Kampung Tanduo Sabah.
  • Gagal rundingan damai- Sejak ketibaan tentera Sulu di Tanduo Sabah pada 1 Februari 2013, Malaysia telah mengadakan rundingan damai untuk menyelesaikan perkara tersebut dan meminta tentera Sulu berundur keluar dari Sabah tanpa pertumpahan darah. Bagaimanapun, tentera Sulu tetap berkeras untuk tidak meninggalkan Sabah. Demi menjaga kedaulatan negara, pertempuran jalan terakhir.
  • Duri Dalam Daging- Di kampung Tanduo, rata-rata penduduk adalah dari pendatang asing tanpa izin warga Filipina. Mereka ini telah menyediakan makanan dan memberikan persiapan kepada tentera sulu untuk menyerang Malaysia.

G) Menerangkan Peristiwa Sejarah Secara Kronologi

(sila huraikan peristiwa bersejarah ditempat anda secara kronologi dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)

  • 1 Februari 2013: Ketibaan tentera Sulu di Tanduo Lahad Datu
  • 1 Mac 2013: Pertempuran pertama berlaku apabila 2 anggota PDRM maut dalam pertempuran gerila. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban manakala 12 anggota tentera sulu maut.
  • 3 Mac 2013: 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna
  • 5 Mac 2013: Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi. Lebih kurang 67 penceroboh terkorban akibat serangan tersebut.
  • 24 Mac 2013: Tentera Sulu diketuai oleh Argamuddin Kiram berundur keluar menerusi perairan Sabah.

H) Kesan Peristiwa Bersejarah Terhadap Diri/ Masyarakat/ Negara

Diri Sendiri

  • Menanam semangat patriotisme
  • Menghargai jasa pejuang tanah air
  • Sentiasa berwaspada agar sejarah hitam tidak berulang

Masyarakat Setempat

  • Lebih peka terhadap sekeliling
  • Melaporkan kepada anggota keselamatan jika ada kecurigaan
  • Memberi bantuan kepada anggota keselamatan
  • Sentiasa bekerja sama menjaga kedaulatan

Negara

  • Menjaga kedaulatan negara
  • Memperkukuhkan pertahanan negara
  • Sentiasa lebih bersiap siaga untuk kecaman akan datang yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
  • Mewujudkan ESSCOM dimana anggota keselamatan menjaga ketat di kawasan perairan timur Sabah 24 jam sehari.

I) Pengajaran Ikhtibar Terhadap Peristiwa Bersejarah Di Lahad Datu

  • pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar.
  • pasukan keselamatan diberi latihan yang sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia
  • Keselamatan negara tidak boleh dipandang remeh meskipun pada waktu aman
  • Langkah-langkah juga diambil untuk menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk menangani ancaman keselamatan masa depan. Enam balai polis baharu juga akan dibina di sana.

J) Rumusan

Sabah pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, senario politik Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajah Sepanyol, British dan Amerika menjejakkan kaki mereka ke rantau ini. Sabah sekarang adalah sebahagian daripada Malaysia dan sedang menuju jalan kemakmuran dengan kemajuan dan pembangunan yang berterusan.

Kemakmuran Sabah telah menjadikannya tambang emas bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga pendatang asing yang menetap di negeri tersebut. Benar, masyarakat antarabangsa telahpun setelah 53 tahun mengiktiraf penuh Sabah sebagai negeri di dalam Malaysia dan kedudukan tersebut seharusnya dilindungi dan dihormati.

K) Rujukan

sertakan sumber  pautan internet, akhbar, buku, dan lain-lain.

Sumber: melvister.com

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih