Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan sepatutnya perlu menyatakan pendirian berhubung perkhidmatan GrabCar dan Uber bagi mengelakkan pemandu GrabCar, Uber dan teksi terus bertelingkah sesama sendiri.

Isu GrabCar, Uber: Apa Tindakan Kerajaan?

Isu GrabCar, Uber: Apa Tindakan Kerajaan?

“Kalau betul ia haram, kenapa tidak haramkan sahaja Uber dan GrabCar di sini (di negara ini)? Disebabkan pemimpin atas tidak betul, kita yang di bawah ini (pemandu teksi, GrabCar dan Uber) yang berlaga antara satu sama lain.

 “Patutkah berlaku begini? Kita tidak mahu perkara sebegini terjadi. Sepatutnya kementerian berkaitan perlu beri kenyataan yang lebih jelas tentang isu ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa menteri berkaitan yang bertanggungjawab menitikberatkan isu perkhidmatan GrabCar dan Uber.

Isu GrabCar, Uber: Apa Tindakan Kerajaan?

“Yang jadi mangsa adalah pemandu GrabCar, pemandu Uber dan pemandu teksi. Kita tidak mahu apa pihak berkepentingan menguruskan isu ini. Itu akan menyebabkan isu tidak dapat diselesaikan dan masalah juga berlarutan.

“Kerajaan sepatutnya lebih telus dan jelas dalam buat kerja. Jangan disebabkan pemimpin atasan, kita semua nak gaduh. Pemandu teksi pun sokong kerajaan, pemandu GrabCar pun sokong kerajaan, jadi jangan wujudkan masalah. Isu ini sepatutnya ditangani segera,” katanya lagi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksinya antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grabcar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Isu GrabCar, Uber: Apa Tindakan Kerajaan?

SPAD dalam kenyataan Jun tahun lepas berkata, cadangan itu bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing. – Sinar Harian.