Jula Juli Bintang Cinta Lakonan Zizan Razak Dan Mira Filzah

Jula Juli Bintang Cinta Lakonan Zizan Razak Dan Mira Filzah – Selepas pelakon dan pelawak Zizan Razak putus cinta beberapa tahun lalu, ramai artis wanita yang dikaitkan dengan dirinya. Bagaimanapun sehingga hari ini Zizan masih belum membuat sebarang pengakuan tentang kisah cinta atau hasrat untuk menamatkan zaman bujang.

Baru-baru ini Astro Gempak bertemu Zizan dan pelakon Polis Evo ini mengaku gembira kerana hasrat peminat untuk melihat dia dan Mira Filzah bersama, akhirnya menjadi kenyataan.

jula juli bintang cinta

Jula Juli Bintang Cinta Lakonan Zizan Razak Dan Mira Filzah

“Ramai peminat yang mahu melihat kami digandingkan bersama. Akhirnya impian mereka itu ditunaikan oleh Nuansa Film .

“Saya dan Mira akan digandingkan dalam telemovie terbaru arahan Osman Ali berjudul Jula Juli Bintang Cinta.

“Terima kasih kepada Nuansa Film kerana sudi menggandingkan kami dalam Jula Juli Bintang Tiga, Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

jula juli bintang cinta

Pertama kali digandingkan bersama, Zizan yakin kerjasamanya dengan Mira Filzah akan berjalan dengan lancar.

Jula Juli Bintang Cinta Lakonan Zizan Razak Dan Mira Filzah

“Rasanya tidak ada masalah untuk mencari keserasian kerana Mira juga seorang pelakon yang baik dan sudah mempunyai banyak pengalaman dalam drama-dramanya sebelum ini.

“Terima kasih kepada peminat-peminat saya, terutamanya ZTF yang sentiasa menyokong Zizan Razak sehingga sekarang tanpa jemu.

“Kepada para penyokong Mira Filzah juga terima kasih di sokongan tidak berbelah bahagi anda,” ujarnya.

Zizan dan Mira Filzah berada di Pulau Langkawi sejak 14 Februari lalu menjalani penggambaran.

Jula Juli Bintang Cinta akan disiarkan di Astro Citra (saluran 131) tidak lama lagi. – astroawani.com

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous