Jungkook (BTS) Tak Mahu Dipanggil ‘Oppa’

Jungkook BTS

PENYANYI Jungkook bertindak menegur peminatnya agar tidak memanggilnya dengan gelaran ‘Oppa’ (Abang). Koreaboo melaporkan ahli kumpulan BTS itu berasa tidak selesa dengan panggilan tersebut memandangkan usianya baharu sahaja 19 tahun.

Jungkook (BTS) Tak Mahu Dipanggil ‘Oppa’

“Saya bukan Oppa. Berhenti daripada memanggil saya seperti itu.

“Selepas ini saya akan semak kad pengenalan masing-masing sama ada mereka lebih tua atau muda untuk panggil saya Oppa,” katanya ketika sesi bertemu peminat baru-baru ini.

Dalam pada itu, peminat sempat bertanya apakah panggilan sesuai untuknya dan Jungkook mahu dipanggil ‘Baby’. – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous