Kenapa Restoran Mamak Sentiasa Ramai Orang? Inilah Rahsianya Yang Ramai Tak TAHU !!

Kenapa Restoran Mamak Sentiasa Ramai Orang? Inilah Rahsianya Yang Ramai Tak TAHU !!

Di Malaysia terdapat banyak pilihan makanan dari tepi rumah, tepi jalan sehinggalah restoran kecil dan besar. Malaysia juga dianggap sebagai syurga makanan bagi kebanyakan pelancong asing yang hadir ke Malaysia. Kalau dah orang luar yang lidahnya berlainan menyukai makanan di Malaysia, inikan pula orang tempatan yang lidahnya sudah terbiasa dengan makanan-makanan Malaysia yang juga terkenal dengan variasi makanannya yang pelbagai.

Credit to Phalinn Ooi
Credit to Phalinn Ooi

Paling popular dan sinonim sudah tentulah masakan Mamak di restoran-restoran sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar besar di Malaysia. Hidangannya tidak jauh berbeza antara satu sama lain, dihidang dengan ringkas dengan rasa yang menghairahkan, tidak peliklah jika restoran Mamak kerap dikerumuni orang ramai setiap masa tidak kira di mana jua.

Persoalannya sekarang, mengapakah restoran Mamak begitu berjaya menarik minat orang ramai berbanding restoran lain? Dan yang paling penting, mengapa orang ramai kerap berulang kali makan di restoran mamak hampir setiap hari.

Berikut merupakan antara sebab mengapa restoran mamak sentiasa ramai orang:

1- Cepat Ambil Tempahan

Baru sahaja sampai, sudah ada yang datang ambil tempahan. Mengikut pengalaman saya, purata masa yang diambil untuk pelayan restoran mamak hadir mengambil tempahan adalah kurang 60 saat.

2- Rasa Kari Yang Pekat

Kari mamak kelihatan ringkas, dengan rempah yang pelbagai. Ada rasa manis, sedikit masam, sedikit pedas. Memang bersesuian dengan lidah orang Malaysia.

Credit to Alpha
Credit to Alpha

3- Pekerja Kalis Maki

Bukan sekali dua kali, saya pernah lihat pekerja mamak dimaki banyak kali oleh sebilangan pelanggan yang tiada adab. Dimaki banyak kalipun masih utuh setia bekerja di restoran yang sama. Kesiankan. harap kita elakkan buat benda yang sama. Manusia semuanya sama dan layak menerima layanan yang sama.

4- Waktu Operasi Yang Konsisten

Kita tidak akan jumpa restoran Mamak buka hari ini, esok tutup, lusa buka, tulat tutup. Restoran Mamak merupakan restoran yang paling konsisten dalam menjaga waktu operasinya. Paling menarik, kebanyakan restoran Mamak beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Hari raya pun dia bantai buka! xD

Credit to Kai Hendry
Credit to Kai Hendry

5- Sistem SOP Yang Baik

Mereka ada sistem. Setiap restoran menguna pakai sistem yang hampir sama. Sehinggakan amat jarang makanan yang ditempah sampai lewat. Ramai macam mana sekalipun pelanggan, dek kerana SOP yang mantap, mereka dapat sediakan makanan dengan cepat. Ianya mirip dengan francais makanan segera seperti KFC dan McDonalds.

6- Variasi Makanan Harian Yang Pelbagai

Sejak akhir-akhir ini, nasi lemak di restoran Mamak rasanya sedap mengalahkan nasi lemak original Melayu. Kebanyakan restoran mamak kini juga sudah mula “outsource” makanan Melayu dengan menyediakan bahagian dapur berasingan khas untuk masakan Melayu, Thai, dan Cina.

7- Ruang Terbuka Yang Menyenangkan

Suasana ini amat digemari di Malaysia terutamanya orang muda yang ingin melepak dengan rakan-rakan.

8- Skrin Besar Atau TV Besar.

Menonton bola sepak di restoran Mamak merupakan satu nikmat yang sukar diungkapkan. Semua orang tahu!

9- WIFI

Kebanyakan restoran Mamak kini dilengkapi WIFI percuma. Namun disesetengah restoran, WIFInya amat menyedihkan.

Apakah Pengajaran Dari Cerita Ini?

Daripada kita terus menuduh restoran mamak menggunakan benda-benda kotor dalam masakan mereka, lebih baik kita lihat dari perpektif berbeza akan kejayaan restoran Mamak. Seterusnya diduplikasikan dalam perniagaan restoran atau kedai makan ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses