Keputusan Anugerah Puskas Fifa 2016, Milik Faiz Subri?

Keputusan Anugerah Puskas Fifa 2016, Milik Faiz Subri? – HANYA berbaki satu hari sebelum Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berlangsung, bilangan penonton video jaringan menakjubkan finalis Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri terus mendahului dua pesaing lain.

Setakat 3 petang ini, video yang mula dimuat naik FifaTV di YouTube pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan peminat apabila ia ditonton 2,362,950 kali.

Keputusan Anugerah Puskas Fifa 2016, Milik Faiz Subri?

Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Jaringan ‘ajaib’ Mohd Faiz yang mendapat perhatian dunia itu dilakukan ketika pasukannya Pulau Pinang meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada perlawanan Liga Super pada 16 Feb tahun lepas.

Keputusan Anugerah Puskas Fifa 2016, Milik Faiz Subri?

Video aksi Marlone ketika menjaringkan gol melalui sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, ditonton 1,474,416 kali.

Aksi memukau Daniuska menggelecek beberapa pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia sebelum menjaringkan gol pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun pula ditonton 1,157,572 kali di Youtube. Keputusan Anugerah Puskas Fifa 2016, Milik Faiz Subri?

Anugerah Puskas dinamakan bersempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari tahun 1959 hingga 1966. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih