Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2017 milik Lin Dan

Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2017 milik Lin Dan – JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur tewas di tangan musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Terbuka Malaysia,  yang berlangsung  di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Sarawak sebentar tadi.

badminton terbuka malaysia 2017

Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2017 milik Lin Dan

Lin Dan jelas masih lawan yang liat buat Chong Wei apabila tunduk 19-21, 14-21.

Chong Wei yang menundukkan Lin Dan di gelanggang sama pada 2006 untuk gelaran ketiganya di Terbuka Malaysia, gagal menamatkan set pertama ketika mendahului 19-15 dan kesempatan itu membolehkan Lin Dan bangkit untuk menang 21-19.

Set kedua nyata milik Lin Dan biarpun Chong Wei mendapat sokongan gemuruh penonton, bagi menamatkan rentetan tiga kekalahan kepada pemain negara dalam pertemuan terakhir mereka termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio.

Ia juga menamatkan impian Chong Wei, juara 11 kali Terbuka Malaysia, untuk mendapatkan gelaran ke-12 di kejohanan ini.

Rekod pertemuan mereka kini pada 26-12 yang berkelebihan kepada Lin Dan.

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous