Keputusan F1 GP Australia, Vettel Singkir Dua Pelumba Mercedes

Keputusan F1 GP Australia, Vettel Singkir Dua Pelumba Mercedes – PELUMBA Ferrari, Sebastian Vettel muncul sebagai juara pada pembukaan perlumbaan pertama Grand Prix Formula Satu (F1) Australia yang berlangsung di Litar Albert Park, Melbourne pada Ahad.┬áPelumba kelahiran Jerman yang berusia 29 tahun itu memberi cerita berbeza dengan menewaskan dua pelumba Mercedes Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas dengan mencatat masa terpantas 1:24:11.672s.

Keputusan F1 GP Australia, Vettel Singkir Dua Pelumba Mercedes

Manakala Hamilton dan Bottas yang mendominasikan sesi latihan serta kelayakan terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

Seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen berjaya mengutip sepuluh mata apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan diikuti pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Kemenangan sulung Vettel musim ini menyaksikan juara dunia empat kali berturut-turut itu bakal menjadi tumpuan lebih-lebih lagi Hamilton yang dalam misinya untuk mengekalkan rekod kejuaraan Mercedes musim lalu.

Sebagai rekod, pada musim lalu Mercedes menguasai kedudukan pengeluar dan kejuaraan dunia yang dirangkul Nico Rosberg.

“Sukar dipercayai, terima kasih kepada semua dan Grand Prix yang menakjubkan. Ini adalah yang kita perlukan. Kami telah bekerja kuat dan layak menerima kemenangan ini,” jelas Vettel selepas perlumbaan.

Keputusan F1 GP Australia, Vettel Singkir Dua Pelumba Mercedes

Keputusan F1 GP Australia, Vettel Singkir Dua Pelumba Mercedes

Dalam pada itu, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata; “Kami tidak pantas pada perlumbaan hari ini kerana masalah berkaitan tayar dan Sebastian memang layak menjadi pemenang”.

Vettel merupakan juara dunia pada tahun 2010,2011,2012 dan 2014.

Perlumbaan pusingan kedua akan diteruskan di Litar Antarabangsa Shanghai, China pada 7-9 April ini. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih