Keputusan F1 Grand Prix Australia – Mercedes Beri Amaran Awal

Keputusan F1 Grand Prix Australia – Mercedes Beri Amaran Awal | MERCEDES memberi amaran awal kepada pasukan-pasukan lain pada sesi latiha bebas pertama  perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Australia apabila dua pelumbanya menamatkan saingan di dua kedudukan teratas. Lewis Hamilton menamatkan latihan di tempat pertama dengan masa terpantas 1’24.220 diikuti rakan sepasukan baharu, Valtteri Bottas.

Keputusan F1 Grand Prix Australia – Mercedes Beri Amaran Awal

Manakala pelumba tuan rumah dari pasukan Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat ketiga, manakala rakan sepasukannya Max Verstappen di tempat keempat.

Pada sesi tersebut, Hamilton tampil dengan pemanduan sempurna tanpa sebarang kesilapan ketika di selekoh dengan menggunakan tayar Pirellis ‘super-soft’.

Keputusan F1 Grand Prix Australia - Mercedes Beri Amaran Awal

Juara dunia tiga kali itu terus menjadi tumpuan musim ini dalam misinya untuk merangkul kejuaraan keempat malah permulaan musim yang baik bersama rakan baharunya itu.

Dalam pada itu, Bottas dilihat tidak kekok beriringan dengan Hamilton selepas mengambil alih posisi Nico Rosberg yang bersara selepas merangkul juara dunia musim lalu.

Dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel masing-masing menamatkan sesi awal latihan di tempat kelima dan  keenam. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous