Keputusan Piala FA, Manchester United Mara

Keputusan Piala FA, Manchester United Mara – MANCHESTER United mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Blackburn Rovers 2-1 di Stadium Ewood Park, Blackburn, England, awal pagi Isnin.

Dalam perlawanan pusingan kelima itu menyaksikan dua gol Manchester United diraih Marcus Rashford pada minit ke-27 dan Zlatan Ibrahimovic (75′).

Keputusan Piala FA, Manchester United Mara

Keputusan Piala FA, Manchester United Mara

Walaupun tampil sebagai pasukan tamu, Manchester United dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Malah pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu juga memperoleh banyak peluang dalam melancarkan serangan.

Bagaimanapun, hanya tiga tendangan menuju ke arah gawang, manakala yang lain berdepan dengan kesulitan di pihak lawan.

Blackburn yang berdepan lebih banyak tekanan tampil mencatatkan gol terlebih dahulu, menerusi aksi Danny Graham pada minit ke-17.

Keputusan Piala FA, Manchester United Mara

Keputusan yang berakhir dengan 2-1 menyaksikan Manchester United turut bersaing dengan Lincoln City, Millwall, Middlesbrough, Chelsea dan Tottenham Hotspur yang memperoleh tiket ke pusingan suku akhir Piala FA.

Dua tiket lagi akan diperebutkan oleh Sutton United yang berdepan Arsenal, dan Manchester City menentang Huddersfield Town yang perlu melakukan perlawanan kedua selepas skor terikat seri 0-0. – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous