Kuey Teow Penang Resepi Asli Dan Sedap

Kuey Teow Penang Resepi Asli Dan Sedap – Nak makan yang sedap mcm ni tak kan nak pergi penang kan!!! Klu ddk sana tak apa, jadi jom kita buat, ini resepi kwn admin bagi, dia org sana! Share cpt!!!

Kuey Teow Penang Resepi Asli Dan Sedap

Bahan-bahan Kuey Teow Penang Resepi Asli Dan Sedap

BAHAN A (PASTE)

  • 5,6 esok udang (berapa byk pun xpe, ikot selera)
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • Sedikit air utk bancuh, *sikit je jgn lebih

Cara-cara Kuey Teow Penang Resepi

1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

BAHAN B (MEE)

  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang dlm segenggam
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
3. Bila dah betul2 kering boleh padam api, hidangkan panas2. Sedap!!!

*Share dan tag kawan2

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin
  2. Anonymous