Kuota Haji 2017 Dikembalikan 27,900 Orang

Kuota Haji 2017 Dikembalikan 27,900 Orang – Kuota Jemaah haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 orang tahun ini berbanding 22,230 sebelum ini. Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya berkata kerajaan Arab Saudi mengembalikan kuota berkenaan setelah pengurangan kuota jemaah haji terhadap jemaah asing dikuatkuasakan pada 2013.

Katanya keputusan tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Mohammad Saleh Bentan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam mesyuarat tahunan urusan hajidi Jeddah, Rabu lalu.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Jamil Khir Baharom) mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas pengembalian semula kuota haji berkenaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam,” katanya di sini pada Jumaat seperti dilaporkan Bernama.

kuota haji 2017

Kuota Haji 2017 Dikembalikan

Menurut kenyataan itu, kos menunaikan hajitahun ini meningkat kepada RM19,550 seorang berbanding RM18,890 tahun lepas.

“Walaupun kos meningkat setiap tahun, TH masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah Haji Muasassah kali pertama sejak 2009.

Subsidi Haji yang ditanggung TH dijangka berjumlah RM200 juta bagi musim hajitahun ini,” menurut kenyataan itu.

TH juga telah dimaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi kini sudah hampir selesai melaksanakan projek pembangunan di sekitar Masjidil Haram.

Kuota Haji 2017 Dikembalikan

“Usaha ini bagi memastikan jemaah hajidan umrah dari seluruh dunia dapat menunaikan ibadat dengan lebih selesa dan selamat seiring dengan penambahan jumlah jemaah setiap tahun,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, TH menjelaskan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sentiasa duduk semeja bagi membincangkan soal pengurusan jemaah hajidan penambahbaikan setiap tahun.
Katanya antara perkara yang dibincangkan setiap tahun adalah peruntukan kuota tambahan bagi membantu memendekkan tempoh penggiliran haji. Kuota Haji 2017

Sumber: www.mstar.com.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih