KWSP i Akaun : Semak Penyata KWSP Online

KWSP i Akaun : Semak Penyata KWSP Online – i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Ahli disarankan memiliki i-Akaun kerana ia memudahkan ahli menyertai sebarang tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP serta mendapatkan pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun.

kwsp i akaun

CARA TERKINI MENDAFTAR PENGAKTIFAN KWSP i AKAUN SECARA ONLINE

Menerusi ruangan berikutnya disertakan cara dan langkah mudah bagi ahli atau majikan yang mahu mendaftar dan memiliki KWSP i Akaun

Maklumat Terkini Cara Mendaftar KWSP i-Akaun Ahli Atau Majikan EPF

Kelayakan Mendaftar KWSP i-Akaun

Ahli: Ahli yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah

Majikan: Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

Cara Pendaftaran KWSP i-Akaun

Pendaftaran i-Akaun Sila ikuti langkah-langkah mudah seperti perkara di bawah untuk mendaftar Ahli ataupun Majikan

Ahli

1. Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWS Puntuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan ID Ahli. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang 1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)

2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut

Majikan

1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)

2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

Laman Web Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Pautan http://www.kwsp.gov.my

Butiran Sekiranya anda telah mendaftar tetapi belum mengaktifkan KWSP i-Akaun anda, Pengaktifan i-Akaun (Ahli) atau Pengaktifan i-Akaun (Majikan)

Sekiranya anda merupakan pengguna sedia ada, Login Ke i-Akaun

Pengaktifan TAC Butiran Pengaktifan TAC

TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data

Contohnya ialah apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan

Cara-cara untuk mengaktifkan TAC adalah seperti berikut:

Ahli

Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSPatau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

  1. Ahli KWSP telah mendaftar i-Akaun
  2. Ahli yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

Majikan

Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana kaunter.

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

  1. Majikan telah mendaftar i-Akaun
  2. Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana kaunter dengan mengisi Borang KWSP 1(i)

Panduan Pengaktifan i-Akaun EPF Pautan Lampiran Panduan Dan Cara Pengaktifan i-Akaun

Kemudahan i- Akaun EPF Bagi Ahli Butiran

  • Memohon e-Pengeluaran Menyemak Penyata EPF tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
  • Menyemak aktiviti transaksi EPF terkini

Sumber: mysumber.com

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih