Selepas Wanita Terakhir, Akan Keluar Lagi Lagu Terbaru Fattah Amin

Selepas Wanita Terakhir, Akan Keluar Lagi Lagu Terbaru Fattah Amin – Ketika kemampuan vokal Fattah Amin menerusi lagu Wanita Terakhir mendapat pelbagai kritikan negatif, pelakon itu bercadang merakamkan beberapa lagu lain sepanjang tahun ini.

lagu terbaru fattah amin

Perkara itu didedahkan penyanyi Aizat Amdan selaku komposer lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah.

Selepas Wanita Terakhir, Akan Keluar Lagi Lagu Terbaru Fattah Amin

“Sepanjang tahun ini saya sudah kosongkan jadual untuk laksanakan projek bersama Fattah Amin.

“Memang ada lagu lain yang akan keluar. Kami sedang usahakannya untuk tahun ini,” katanya kepada mStar Online.

Aizat ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya sendiri berjudul Jangan Menangis di Ziffy Cafe, Kota Damansara pada Isnin.

Aizat yakin kesungguhan yang ditunjukkan Fattah Amin mampu menjadikan pelakon itu berjaya dalam bidang muzik.

Sebelum ini Fattah yang mencetuskan fenomena menerusi lakonannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot bersama pelakon Neelofa melancarkan single Wanita Terakhir pada awal Januari lalu.

Selepas Wanita Terakhir, Akan Keluar Lagi Lagu Terbaru Fattah Amin

Lagu hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan itu pernah menduduki kedudukan teratas carta iTune Malaysia.

Bagaimanapun Aizat enggan mendedahkan maklumat terpeinci berhubung kerjasama antara syarikatnya Kasi Gegar Entertainment dan syarikat yang menaungi Fattah iaitu Fastyle.

“Kami selesa untuk terus jalin kerjasama. Tapi sama ada Fattah akan keluarkan album penuh atau tidak itu belum pasti,” katanya.

Ditanya mengapa dia mahu terus mengambil risiko mencipta dan menerbitkan lagu untuk Fattah yang tidak mempunyai asas dalam bidang nyanyian, Aizat berkata kesungguhan yang ditunjukkan aktor itu menarik minatnya selaku komposer.

“Waktu sesi latihan sebelum rakaman lagu Wanita Terakhir, dia betul-betul menunjukkan minat yang tinggi dan sanggup berlatih berulang kali. Selepas Wanita Terakhir, Akan Keluar Lagi Lagu Terbaru Fattah Amin

“Perkara itu buatkan saya mahu terus bekerjasama dengannya. Jadi tahun ini saya akan bantu dia, beri tunjuk ajar dalam bidang nyanyian termasuk persembahan pentas.

“Saya cipta lagu ikut kemampuan vokalnya, jadi dia tak perlu jerit-jerit… ikut keselesaannya,” katanya. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous