Live Streaming Malaysia Vs Lebanon Piala Asia 13.6.2017

Live Streaming Malaysia Vs Lebanon Piala Asia 13.6.2017 – Malaysia beraksi dalam perlawanan anatarabangsa setelah lebih 3 bulan. Kali terakhir skuad harimau Malaya bermain di peringkat antarabangsa adalah pada Mac 2017.

Live Streaming Malaysia Vs Lebanon Piala Asia 13.6.2017

Live Streaming Malaysia Vs Lebanon Piala Asia 13.6.2017

1. Debut Nelo Vingada

Ini adalah tugasan kompetitif pertama Nelo Vingada. Ia bukanlah tugasan mudah kerana beliau sebelum ini tidak melalui sebarang perlawanan persabahatan.

Malaysia akan beraksi menentang Lebanon dalam perlawanan kelayakan Piala Asia.

Vingada sudah pastinya perlukan sedikit eksperimen di dalam perlawanan ini dengan dibantu oleh Tan Cheng Hoe.

2. Prestasi semasa

Malaysia masih mencari kemenangan pertama setelah 4 perlawanan. Manakala pasukan Lebanon masih belum tewas dalam 8 perlawanan antarabangsa mereka. Lebanon menang 2-0 ke atas Hong Kong dalam perlawanan terakhir mereka.

Secara kasarnya kedua-dua pasukan masih mencari-cari rentak kemenangan secara konsisten. Lebanon hanya menang 1 perlawanan 5 perlawanan terakhir mereka. 4 lagi adalah seri.

Live Streaming Malaysia Vs Lebanon Piala Asia 13.6.2017

3. Taktikal

Lebanon dikenali dengan bola sepak menyerang apabila berhadapan dengan pasukan yang mereka anggap boleh menang.

Jadi, tidak hairan untuk melihat mereka akan menjadi pasukan yang lebih ofensif di dalam perlawanan ini.

Ketiadaan Ghaddar bukanlah masalah utama Lebanon kerana mereka memiliki ramai bakat lagi yang mampu mengisi posisi tersebut.

Manakala untuk Malaysia, Nelo Vingada akan mempersembahkan hasil perancangan taktikal beliau buat pertama kali.

Dalam sidang media sebelum ini, Vingada menegaskan isu kompak dalam bertahan dan cuba untuk mencipta serangan balas yang berkesan.

Kami sukar untuk bercerita tentang taktikal Harimau Malaya secara previu. Sama-sama kita nantikan formasi dan corak permainan dalam perlawanan pertama ini.

4. Peranan Baddrol Bakhtiar

Perubahan di dalam sistem permaian mungkin akan mempengaruhi peranan pemain ini dalam skuad pada kali ini.

Adakah beliau akan beraksi sebagai pemain tengah menyerang kanan (AMR)? Seperti mana posisi beliau di dalam pasukan Kedah.

Live Streaming Malaysia Vs Lebanon Piala Asia 13.6.2017

5. Kepulangan semula Safiq Rahim

Safiq Rahim kembali semula ke skuad kebangsaan. Beliau dikembalikan semula liltan kapten.

Safiq menjadi pemain penting dalam skuad JDT dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Sudah pastinya Safiq Rahim akan cuba membuktikan bahawa dirinya masih relevan untuk terus menjadi kapten dan jeneral di tengah untuk pasukan Harimau Malaya.

Sebelum wisel

Ia tugasan yang agak mencabar untuk Nelo Vingada. Selain daripada debut beliau, ini juga perlawanan ‘debut TMJ’ sebagai Presiden FAM. – semuanyabola.com

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih