Lofattah: “Saya & Neelofa Tidak Pernah Bergaduh” – Fattah Amin

Lofattah: “Saya & Neelofa Tidak Pernah Bergaduh” – Fattah Amin | Pelakon Fattah Amin menjelaskan tidak timbul isu dia bergaduh dengan aktres Neelofa selepas dia  dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang aktres berdarah campuran baru-baru ini. Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 26, sebaliknya berkata, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah malah menyifatkan wanita itu sebagai kawan baiknya.

lofattah

“Saya dan dia (Neelofa) tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami.

“Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Fattah antara selebriti terlibat menerusi program Busking Aid On Train. Foto Ihsan Instagram @lofattah_lovers

Lofattah: “Saya & Neelofa Tidak Pernah Bergaduh” – Fattah Amin

Fattah ditemui pada majlis amal Busking Aid On Train anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan di KL Sentral di sini, Sabtu.

Ditanya lanjut tentang hubungan dan kontroversi melanda mereka, Fattah bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persembahannya menerusi lagu Wanita Terakhir pada program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa baru-baru ini, Fattah berkata, dia menyampaikan lagu itu sepenuh perasaan dan ia ikhlas dari hatinya.

“Sudah tentu saya berasa gembira kerana saya berpeluang untuk membuat persembahan secara langsung dan lagu itupun saya sampaikan ikhlas daripada hati saya.

“Bahkan, sajak yang saya buat itu pun sebenarnya saya sampaikan ikhlas daripada hati saya. Akhirnya, saya dapat meluahkan segala-galanya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fattah menjelaskan penglibatannya pada program amal Busking Aid On Train anjuran UUM adalah untuk membantu dalam mengutip dana untuk beberapa rumah kebajikan. Lofattah: “Saya & Neelofa Tidak Pernah Bergaduh” – Fattah Amin

Malah pada acara itu, Fattah turut menyampaikan beberapa buah lagu untuk peminat yang turut hadir pada acara berkenaan.

“Projek amal ini sebenarnya adalah salah satu modul untuk melengkapkan pengajian saya dalam jurusan Sarjana Pengurusan Industri Kreatif di UUM.

“Selain itu ia turut bertujuan untuk mengutip derma untuk diserahkan kepada beberapa buah rumah kebajikan,” katanya.

Selain Fattah, acara itu turut disertai oleh barisan artis seperti Tomok, Pekin Ibrahim, Aril Pilus, Zahid, Akma Abdullah, Ammar Drama Band dan Maulana AF. – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses