Lutut Sakit? Inilah Rawatan Dengan Fisioterapi

Lutut Sakit? Inilah Rawatan Dengan Fisioterapi – SAKIT lutut lazimnya dikategorikan sebagai sakit ‘orang tua’ kerana rungutan yang sering didengari adalah daripada kalangan warga emas. Punca utama terjadi sakit lutut selalunya dikaitkan dengan osteoartritis, tetapi sekiranya golongan muda yang mengalami sakit lutut, mungkin akibat daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), kecederaan sukan atau kemalangan, dan jatuh atau trauma.

Menurut Pakar Fisioterapi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Juemiah Ruzaini, sakit lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa rehat.

lutut sakit

Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lutut pesakit sukar untuk digerakkan serta tidak boleh dilipat sepenuhnya, menyebabkan sekiranya mahu bersolat, ada yang terpaksa duduk di atas kerusi. Lutut Sakit? Inilah Rawatan Dengan Fisioterapi

Lutut Sakit? Inilah Rawatan Dengan Fisioterapi

“Lutut antara salah satu anggota badan yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap pergerakan.

“Untuk itu lutut perlulah kuat bagi membolehkan pergerakan lancar. Sehubungan itu kita perlulah melakukan senaman setiap hari dalam usaha untuk menguatkan otot-otot serta sendi-sendi lutut.
“Apa yang berlaku hari ini (sakit dan kecederaan lutut) adalah disebabkan kurangnya penjagaan serta senaman,” ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Begitu pun tutur Juemiah, bagi mereka yang mengalami sakit lutut, salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.
Tambahnya, rawatan fisioterapi bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi mampu memulihkan sehingga 90 peratus kesakitan lutut.

“Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit ialah dengan menjalani rawatan fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu, pada waktu pagi dan malam. Jika melakukan senaman, perlu dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu dan purata setiap kali senaman selama 45 minit. Lutut Sakit? Inilah Rawatan Dengan Fisioterapi

“Yang pasti, baik rawatan fisioterapi mahu pun senaman, kedua-duanya dapat menguatkan kembali otot-otot lutut serta kaki dan perlu dilakukan dengan ulangan sebanyak 30 kali,” katanya.

Ulas Juemiah lagi, bagi memulihkan otot-otot serta sendi-sendit lutut yang sakit, setiap pesakit perlulah melakukan rawatan fisioterapi dan juga senaman secara berterusan selama tiga bulan berturut-turut.

Selepas tempoh tersebut baru boleh dilakukan selang sehari dan beritahu Juemiah, dengan peralatan yang mudah dibeli dan didapati di kedai-kedai sukan hari ini, senaman serta rawatan fisioterapi boleh dilakukan di rumah.

Untuk pengetahuan bersama Juemiah turut memberi nasihat, yang mana katanya, sekiranya ada individu yang terjatuh dan lututnya terkena sesuatu objek keras, jangan disapu dengan minyak panas kerana tindakan tersebut akan menyebabkan lutut menjadi bertambah bengkak.

Sebaliknya kecederaan di lutut harus dirawat dengan meletakkan ais selama 15 minit di atasnya bagi menghentikan pendarahan dalaman dan selepas itu barulah dibalut dan rehatkan kaki.

Kepada mereka yang mengalami osteoartritis pula, tuam dengan tuala panas selama 15 minit bagi melegakan dan melancarkan kembali peredaran darah.

Juemiah turut menasihatkan orang ramai agar melakukan regangan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti sukan dan sekiranya mereka melakukan senaman serta rawatan fisioterapi yang menggunakan pemberat, adalah dinasihatkan agar duduk dalam posisi yang betul untuk mengelakkan kesakitan pada badan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/risiko-sakit-lutut-1

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih