Nokia 150 Bateri Bertahan Sebulan Kini Di Malaysia

Nokia 150 Bateri Bertahan Sebulan Kini Di Malaysia  – HMD Global telah sedia melesenkan jenama Nokia untuk penggunaan pada telefon bimbit dan pintar, dan telah memperkenalkan Nokia 150 dan Nokia 6 sebelum ini. Kini, peranti pertama mereka, iaitu Nokia 150 telah pun memasuki pasaran tempatan dan sudah boleh didapati daripada para pengedar tempatan seluruh negara. Nokia 150 ini dengan keupayaan bateri yang mampu bertahan lama iaitu sehingga hampir sebulan.

Nokia 150 Bateri Bertahan Sebulan Kini Di Malaysia

Nokia 150 Bateri Bertahan Sebulan Kini Di Malaysia

Nokia 150 merupakan sebuah telefon bimbit yang hadir dengan skrin berwarna bersaiz 2.4-inci dan papan kekunci bernombor. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan asas – dan dengan penyertaan bateri yang mampu bertahan sehingga hampir sebulan, peranti ini merupakan salah satu peranti yang boleh menjadi telefon kedua anda, terutamanya sekiranya anda bertugas di luar sepanjang hari.

Nokia150 ini turut menyertakan sokongan radio FM, pemain MP3, dan kamera VGA dengan sokongan lampu LED. Di Malaysia, ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih, serta dijual pada harga RM159. – amanz.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih