Percutian Bajet Tempat Menarik Di Penang

Percutian Bajet Tempat Menarik Di Penang – Apa yang menarik di Penang? Macam-macam perkara menarik di Penang. Dalam sektor pelancongan, terdapat banyak tempat tarikan di Penang untuk dilawati. Negeri ini juga sangat terkenal dengan makanannya yang sedap sehingga ia digelar syurga makanan di Malaysia. Selain itu, Jambatan Pulau Pinang juga adalah tarikan negeri pulau mutiara ini. Walaupun ia bukan lokasi pelancongan tetapi jambatan yang terpanjang di Asia ini adalah trademark kepada industri pelancongan di Penang. Mercu tanda lain yang menjadi identiti Penang ialah bangunan Komtar yang berketinggian 232 meter dan boleh dilihat dari seberang tanah besar sekitar pantai Butterworth.

Penang atau nama sebenarnya Pulau Pinang ialah salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Negeri ini terdiri dari sebuah pulau dan sebahagian kecil tanah besar semenanjung yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Perak. Tarikan utama sudah tentunya dibahagian pulau. Pulau dihubungkan dengan dua buah jambatan bagi mengurangkan kesibukan lalulintas. Juga terdapat feri yang berulang-alik membawa kenderaan kecil seperti kereta dan motosikal serta orang-ramai yang menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Disini kami senaraikan faktor pelancongan dan tempat menarik di Penang sebagai panduan pengunjung untuk merancang percutian ke pulau mutiara ini. Percutian Bajet Tempat Menarik Di Johor

Antara Tempat Menarik Di Penang Untuk Dilawati

tempat menarik di penang

Pantai menarik di Penang

Pantai merupakan salah satu tempat pelancongan utama di Penang. Banyak hotel dibangunkan disekitar pantai bagi kemudahan penginapan pelancong yang ingin bercuti disana. Bagi pengunjung yang gemarkan suasana ditepi pantai, banyak destinasi yang boleh anda tuju di pulau mutiara ini. Antara tempat menarik di Penang yang menjadi destinasi percutian pantai ialah:

tempat menarik di penang

  • Batu Ferringhi – Pantai yang terkenal di Penang ini ada berbagai aktiviti menarik seperti menaiki bot, jet ski lain-lain. Kemudahan asas seperti tandas, surau dan medan selera untuk pengunjung juga disediakan. Terdapat gerai ditepi jalan yang menjual barangan cenderahati dan pakaian untuk kenangan pelancong di Batu Ferringhi. Banyak hotel-hotel menarik disekitar pantai yang sesuai dijadikan tempat penginapan pelancong.
  • Pantai Monyet – Terletak didalam Taman Negara Penang. Pengunjung perlu berjalan kaki merentas hutan simpan untuk sampai ke pantai ini.
  • Pantai Kerachut – Pantai cantik yang menghadap Selat Melaka ini boleh dkunjungi dengan menaiki bot atau merentas laluan Hutan Simpan Taman Negara Penang dari Teluk Bahang. Terdapat pusat penetasan penyu disini.
  • Tanjung Bungah (Tanjong Bunga) – Lokasinya berhampiran Batu Ferringhi. Mempunyai banyak hotel yang agak murah berbanding di Batu Ferringhi, sesuai untuk percutian bajet.
  • Pantai Bersih – Terletak di Bagan Ajam, Butterworth (tanah besar). Sekarang ia termasuk dalam kawasan lebuhraya. Ramai pengunjung datang bersantai diwaktu petang di kawasan rehat lebuhraya Bagan Ajam untuk melihat pemandangan indah pantai dan laut, memancing atau berkelah bersama keluarga.

Tempat menarik Eko-pelancongan

Eko-pelancongan adalah salah satu tarikan pelancongan di Penang. Walaupun lebih terkenal dengan percutian pantai, terdapat beberapa tempat menarik yang sering dikunjungi pelancong yang datang ke negeri ini. Malah beberapa destinasi pelancongan di Penang yang paling popular ialah kawasan tarikan alam semulajadi. Disebelah pulau, lokasi utama yang menjadi tumpuan pelancong adalah:

  • Bukit Bendera – Bukit Pulau Pinang atau Penang Hill adalah nama asalnya. Ia merupakan destinasi pelancongan menarik yang menjadi tumpuan pelancong ke Penang. Bukit setinggi 830 meter ini terkenal dengan keretapi kabel yang membawa pengunjung ke puncak bukit dan pemandangan indah negeri ini dari puncak bukit. Pelancong boleh mendaki Bukit Bendera melalui trek yang bermula dai Teluk Bahang. Pelbagai kemudahan disediakan diatas Bukit Bendera seperti hotel penginapan, medan selera, kedai serbaneka dan lain-lain. Juga terdapat tempat menarik dan bersejarah diatas puncak bukit ini. Bukit Bendera adalah salah satu lokasi tempat menarik di Penang yang mesti dikunjungi jika bercuti ke negeri ini.
  • Taman Botani – Botanical Garden ini ditubuhkan pada tahun 1884 di Georgetown. Ia adalah salah satu tarikan pelancong yang ingin melihat berbagai spesis tumbuhan. Botanical Garden juga berfungsi sebagai sebuah pusat penyelidikan.
  • Kebun buah-buahan tropika – Terletak di Teluk Bahang, kebun ini mempunyai lebih 140 pokok buah-buahan eksotik di kawasan seluas 25 ekar. Ia adalah pusat pemuliharaan pokok buah-buahan tropika yang dibimbangi pupus akibat pembangunan.
  • Taman Herba Tropika – Pusat penyelidikan herba tradisional yang dibuka kepada umum pada tahun 2003. Kawasan seluas 8 ekar ini mengandungi lebih 500 jenis herba tradisional.
  • Taman Negara Pulau Pinang – Kawasan Hutan Simpan yang terletak di kawasan Teluk Bahang. Ia adalah tarikan pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi flora dan fauna serta melakukan aktiviti merentas hutan.
  • Taman Rama-rama – Tempat pelancongan yang popular di Penang. Terdapat lebih kurang 50 spesis rama-rama pelbagai saiz dan warna.

Percutian ke Penang tidak lengkap jika tidak mengunjungi tempat peranginan di Seberang Perai. Ada beberapa taman rekreasi dan hutan lipur yang menarik boleh anda lawati. Senarai tempat menarik dibawah adalah antara lokasi popular yang sering menjadi tumpuan pelancong.

  • Hutan Lipur Bukit Panchor – Terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Ia adalah salah satu Taman Negeri Pulau Pinang. Pengunjung datang kesini untuk beriadah, melihat keindahan flora dan fauna, melakukan aktiviti perkhemahan, jungle trekking dan lain-lain.
  • Hutan Lipur Cherok To’Kun – Juga dikenali dengan nama Taman Rimba Bukit Mertajam terletak di kira-kira 6 KM dari bandar Bukit Mertajam. Ia adalah kawasan rekreasi alam semulajadi yang menarik dengan air terjun, trek mendaki bukit, hutan yang kaya dengan flora dan fauna serta pemandangan menarik di puncak bukit. Kemudahan chalet juga disediakan untuk pelancong yang ingin bermalam di sini.
  • Taman Burung Pulau Pinang – Terletak di Taman Tunku, Seberang Jaya. Kawasan seluas 5 ekar ini mempunyai lebih 300 spesis burung dari dalam dan luar negara.
  • Taman Rekreasi Pantai Robina – Taman ini terletak di Teluk Air Tawar. Ia adalah kawasan rekreasi tepi laut yang sesuai untuk melihat mentari terbenam. Terdapat medan selera untuk pengunjung menikmati juadah sambil dihembus angin pantai.
  • Sungai Kerian – Juga dieja Sungai Krian, Nibong Tebal ini terkenal dengan river cruise dan melihat kelip-kelip di waktu malam.
  • Taman Bandar Ampang Jajar – Tempat untuk beriadah dan memancing.

Tempat bersejarah di Penang

Seperti juga Melaka, Penang turut menjadi tarikan pelancong yang ingin melihat peninggalan sejarah masa lalu. Ia pernah dijajah Inggeris dan beberapa kesan peninggalan sejarah seperti kota yang dijadikan kubu pertahanan, bangunan-bangunan colonial dan lain-lain masih boleh dilihat sehingga hari ini. Selain itu, terdapat beberapa muzium yang menyimpan khazanah negara dan barangan menarik lain. Antara kesan peninggalan sejarah yang merupakan tempat menarik di Penang dibahagian pulau boleh dilihat di:

  • Fort Cornwallis – Kota lama peninggalan penjajah Inggeris. Terletak di Padang Kota Lama. Ia dibina pada tahun 1786. Didalam kota ini terdapat beberapa meriam lama peninggalan sejarah. Kota ini dibina sebagai kubu pertahanan dari serangan kerajaan Kedah pada masa itu. Salah satu tempat menarik di Penang yang mesti dikunjungi.
  • Menara Jam Peringatan Victoria – Menara setinggi 30 meter ini dibina pada tahun 1897 bagi memperingati Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria (1837-1897).
  • Keretapi Bukit Bendera – Keretapi lama yang pernah digunakan untuk mengangkut orang-ramai dan barang keperluan ke puncak Bukit Bendera.
  • Muzium Burung Hantu – Terletak di Astaka Bukit Bendera.
  • Muzium Perang Pulau Pinang – Mempamerkan khazanah Perang Dunia Kedua. Ia adalah sebuah kubu yang dibina pihak British diatas Bukit Batu Maung untuk melindungi pulau tersebut dari serangan tentera Jepun.
  • Muzium Permainan – Terletak di Tanjung Bungah. Memiliki kira-kira 80,000 patung mainan.
  • Muzium Pulau Pinang – Muzium Negeri yang terletak di Georgetown. Ia asalnya ialah bangunan Penang Free School yang dibina pada tahun 1896 oleh British. Muzium ini mempamerkan berbagai barangan tinggalan sejarah dan juga peralatan kehidupan pelbagai etnik di Penang.
  • Rumah P Ramlee – Berbagai khazanah peninggalan seniman terkenal tanah air ini diletakkan di rumah bekas kediaman beliau di Jalan P. Ramlee. Rumah ini dijadikan muzium yang turut menyimpan beberapa artifek lain yang berkaitan dengan muzik dan perfileman.
  • Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (City Hall) – Monumen sejarah yang dibina pada tahun 1879 dan siap sepenuhnya pada 1883.
  • Bangunan Dewan Bandaran – Town Hall ini terletak bersebelahan dengan Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
  • Bangunan Jabatan Imegresen Georgetown.
  • Meriam Seri Rambai – Meriam ini asalnya adalah pemberian Belanda kepada Sultan Johor. Ia kemudian dirampas oleh British setelah menjajah Tanah Melayu dan meletakkannya di Fort Cornwallis.

Makanan sedap di Penang

Selain tarikan tempat-tempat menarik, Penang juga terkenal kerana mempunyai banyak tempat makan yang sedap-sedap. Restoran nasi kandar yang menyediakan masakan India merupakan makanan paling popular dan ada di merata-tempat di Penang. Selain itu, ada beberapa makanan lain yang tidak harus anda lepaskan jika bercuti di pulau ini seperti:

tempat menarik di penang

  • Nasi kandar – Banyak kedai nasi kandar yang popular di Penang antaranya Nasi Kandar Kampong Melayu di Flat Kampong Melayu Air Itam, Nasi Kandar Beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling dan Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang, George Town.
  • Laksa Penang – Antara kedai laksa yang terkenal di Penang ialah Laksa Janggus di Balik Pulau.
  • Pasembor – Tempat paling popular untuk menikmati pasembor ialah di Padang Kota Lama.
  • Jeruk buah pala, salak, mempelam dan lain-lain.
  • Penang char kue teow – Antara kedai yang popular untuk menikmati char koay teow di Penang ialah An Penang Char Koay Teow di Gelugor dan Mady Penang Char Koay Teow di Batu Ferringhi.

Tempat menarik lain di Penang

Selain pantai dan peninggalan sejarah, masih terdapat tempat menarik lain yang menjadi destinasi pelancongan di Penang. Tempat-tempat pelancongan yang terkenal untuk dilawati disebelah pulau ialah:

  • Muzium 3D Penang – Sebuah muzium yang mempunyai banyak lukisan 3D mengagumkan di dinding dan juga bilik bangunan lama dua tingkat yang terletak di Padang Kota Lama.
  • Kuil Kek Lok Si – Terletak di Ayer Itam. Ia dibina pada tahun 1890 dan merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di Penang. Ia menjadi tarikan pelancong kerana binaan pagodanya yang cantik dan lanskap yang menarik.
  • Menara KOMTAR.
  • Kuil Ular – Juga dipanggil Tokong Ular terletak kira-kira 3.2 KM dari Lapangan Terbang Bayan Lepas. Ia dibina pada tahun 1850 dan menempatkan berbagai jenis ular berbisa.
  • Ferringhi Walk – Bazaar menjual pakaian, beg, kasut dan lain-lain yang dibuka diwaktu malam di Batu Feringgi.

Tempat-tempat lain yang menarik di Penang disebelah tanah besar ialah:

  • Hutan Pelajaran Air Itam Dalam – Kawasan yang terletak dalam Daerah Seberang Perai Utara dan mempunyai keluasan 10 hektar ini mengandungi spesis flora dan fauna paya darat serta berbagai spesis burung yang menghuni kawasan semulajadi disini. Kemudahan pelantar pejalan kaki, pondok rehat, jambatan gantung dan pelantar pemandangan disediakan.
  • Empangan Mengkuang – Terletak di kawasan Bukit Mertajam, ia adalah tasik buatan yang cantik, menjadi pusat rekreasi dan riadah penduduk setempat.
  • Pulau Aman – Pengunjung boleh menaiki bot dari Kuala Juru untuk ke Pulau Aman.

Kebudayaan, kesenian dan warisan

Selain tempat menarik di Penang, kebudayaan tempatan turut menjadi tarikan pelancong ke negeri ini. Antara kebudayaan menarik yang masih kekal ialah:

  • Boria merupakan lagu dan persembahan tradisional rakyat di Penang.
  • Beca – Beca masih boleh didapati di Penang terutama di sekitar Padang Kota Lama.

Penang juga turut menjadi tumpuan pelancong setiap hujung tahun kerana acara Pesta Penang yang diadakan pada bulan Disember. Lokasi pesta ialah di Tapak Pesta Sungai Nibong. Berbagai pameran, jualan, acara dan permainan berlangsung dari pukul 6 petang hingga 12.00 malam.

Program homestay di Penang

Jika anda berminat mengikuti dengan lebih dekat cara hidup, budaya dan adat-resam masyarakat di Penang, terdapat banyak program homestay yang disediakan. Berikut ialah senarai homestay yang ada dan kawasan lokasi homestay. Anda boleh menghubungi pengendali berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Homestay Teluk Bahang- Hubungi Puan Nilam Bt. Ismail, 012-583 1710.
  • Homestay Sg. Semilang / Juru – Hubungi En. Shamsuddin Bin Ahmad, 019-427 9860.
  • Homestay Jalan Baru, Balik Pulau – Hubungi Hj. Zainol Bin Hj. Ahmad, 016-461 8553.
  • Homestay Pulau Betong, Balik Pulau – Hubungi Hj. Hassim Bin Md Rashid, 012-493 9770.
  • Homestay Sg. Chenaam, Nibong Tebal – Hubungi Sadri Bin Hj. Asri, 012-509 4368.
  • Homestay Sg. Setar, Nibong Tebal – Hubungi Che Rashidah Bt Md Radzi, 013-489 5636.
  • Homestay Sg. Duri, Sg. Jawi, Seberang Perai Selatan – Hubungi Hj. Abdul Rahman B. Desa, 012-452 9084.
  • Homestay Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai – Hubungi Rohaizat Bin Hj. Othman, 019-412 7095.
  • Homestay Pulau Aman, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan – Hubungi Pn. Mahani Bt. Abdul, 013-459 0330.

Penginapan di Penang

Penginapan di Penang tidak menjadi masalah kerana banyak hotel didirikan dikawasan bandar dan kawasan pelancongan. Jika anda bercadang untuk bercuti melawat tempat-tempat menarik di Penang, buat tempahan lebih awal untuk menjimatkan kos. Untuk melihat perbandingan harga hotel di Penang dan menempah bilik penginapan, anda boleh semak di HOTELSCOMBINED.COM.

Setakat ini dahulu perkongsian tentang tempat menarik di Penang untuk dilawati. Terdapat banyak lagi aktiviti percutian yang boleh dilakukan sebenarnya tetapi kami kekurangan masa dan tenaga untuk mendapatkan semua maklumat. Namun kami akan sentiasa mengemaskini halaman ini dengan maklumat pelancongan baru dari semasa ke semasa. Jika anda ingin berkongsi pengalaman percutian di Penang, silakan diruangan komen dibawah. Jangan lupa share artikel ini kepada rakan-rakan anda di facebook. Selamat bercuti!

Sumber: Percutian Bajet

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...