Permohonan Borang SPA8i : Semakan Status Pendaftaran

Permohonan Borang SPA8i : Semakan Status Pendaftaran – Kami percaya, kebanyakan daripada anda sudah pun mendaftarkan diri sebagai pemohon pekerjaan di Portal SPA secara online dengan mengisi Borang SPA8i.

Semua sudah memaklumi bahawasanya permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online. Tidak perlu surat menyurat dan tidak perlu kabel. 🙂

Bagi yang sudah mengisi, hanya doa dan tawakal yang mampu dilakukan moga adalah panggilan temuduga untuk mana-mana jawatan yang dipohon hendaknya. Jadi sekiranya anda ingin semakan status pendaftaran atau mengemaskini maklumat di Borang SPA8i bolehlah berbuat demikian dengan melayari pautan yang kami sediakan ini.

permohonan borang spa8i

Permohonan Borang SPA8i : Semakan Status Pendaftaran

>> Borang SPA8i – Semakan Status Pendaftaran & Permohonan <<

Tapi mungkin ada yang bertanya, mengapa sesuatu permohonan itu perlu disemak kalau-kalau tidak didaftarkan?

– Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya. Walau bagaimanapun, permohonan calon yang berstatus KIV akan mengambil masa 3 hari untuk didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Permohonan Borang SPA8i, Ada pula lain yang bertanya, pendaftaran saya sudah berjaya jadi mengapa saya perlu memperbaharui atau mengemaskini pendaftaran?

– Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh lima tahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh lima tahun.

Bagi pemohon KPSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i). Permohonan Borang SPA8i

Untuk lain-lain soalan lazim (FAQ) yang ditanya berkaitan urusan pendaftaran online menggunakan Borang SPA8i ini, anda boleh rujuk di pautan ini. Kalau persoalan di minda anda masih juga belum terjawab, tiada masalah, hantarkan saja kemusykilan anda terus ke pihak SPA melalui pautan ePertanyaan / Maklumbalas SPA.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih