Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2017

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2017 Pelajar lepasan tahun 6 bagi sesi persekolahan 2016 sudah tentu akan membuat pilihan terbaik untuk mendapatkan pendidikan selanjutnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Permohonan Kemasukan SBP

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi pilihan utama pelajar cemerlang Ini kerana Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang

PERMOHONAN ONLINE SBP FORM 1 (TINGKATAN 1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH KPM TAHUN 2017

Berikut MYsumber sediakan ruangan maklumat antaranya berkaitan dengan cara permohonan secara atas talian (online), syarat pemilihan dan kelayakan umum bagi kemasukan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2017

PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2017 TINGKATAN 1

Perkara Butiran Tarikh Sistem Aplikasi Permohonan Atas Talian (Online)

Kemasukan SBP Tingkatan 1 2017 Dibuka 1 Disember 2016

Tarikh Sistem Aplikasi Permohonan Atas Talian (Online)

Kemasukan SBP Tingkatan 1 2017 Ditutup 30 Disember 2016

Pautan Laman Sistem Aplikasi Borang Permohonan Atas Talian (Online) Kemasukan SBP Tingkatan 1 2017 Akan disertakan sebaik sahaja sistem aplikasi diaktifkan

Info Dan Panduan Online Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2017

Pautan Portal Rasmi KPM http://www.moe.gov.my Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 2017

Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online SBP 2017 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut Ini kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara salah satu punca yang boleh menyebabkan permohonan calon untuk ke SBP gagal. Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2017

Baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan

Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan

Sebarang pengemaskinian seperti untuk membetulkan kesilapan boleh dilakukan sepanjang tempoh permohonan masih dibuka

Syarat Umum Pemilihan Kemasukan SBP Bagi Tingkatan 1 2017

Murid mestilah Warganegara Malaysia

Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan

Memperolehi Keputusan Cemerlang Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Aktif dalam kokurikulum

Info Dan Panduan Online Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2017

 

Sumber mysumber.com

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...
loading...

No Responses