Permohonan Pinjaman & Semakan PTPTN Online 2017

Permohonan Pinjaman & Semakan PTPTN Online 2017. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melaksanakan kaedah permohonan pinjaman secara online bagi menggantikan penggunaan Borang OMR untuk kemasukan pelajar semester satu 2017/2018. Menurut PTPTN, borang pinjaman dalam talian itu boleh dibuat melalui laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my. Semakan PTPTN Online

Semakan PTPTN Online

Bagaimanakah cara untuk memohon pembiayaan pendidikan?

  1. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke IPT.
  2. Pemohon perlu membeli No. PTPTN bernilai RM 5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
  3. Pemohon perlu menyemak tarikh tutup permohonan (Klik sini).
  4. Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.

Jadual Tarikh Tutup Permohonan Pinjaman

  1. Universiti Awam dan Politeknik
  2. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Nota: Jadual Tarikh Tutup Permohonan Pinjaman adalah tertakluk kepada perubahan.

Permohonan Pinjaman & Semakan PTPTN Online 2017

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
Tiada penaja lain; dan
Telah membuka akaun SSPN-i**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit. Semakan PTPTN Online

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...
loading...

No Responses

Leave a Reply