Permohonan Rumah Mesra Rakyat Johor 2017/ 2018

Permohonan Rumah Mesra Rakyat Johor 2017/ 2018 adalah satu lagi inisiatif kerajaan Johor memberi peluang bagi rakyat Johor yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah mesra rakyat di atas tanah mereka di kawasan bandar atau luar bandar. Dengan adanya bantuan rumah mesra rakyat ini dapat meringankan beban rakyat Johor.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat Johor 2017/ 2018

Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

Rumah Mesra Rakyat Johor adalah satu lagi inisiatif kerajaan Johor memberi peluang bagi rakyat Johor yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah di atas tanah mereka di kawasan bandar atau luar bandar

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 20 Juta sebagai subsidi dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) menjadi kontraktor yang bertanggungjawab dalam membina 3000 RMRJ menjelang 2018

Untuk melaksanakan inisiatif ini, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan dilantik menjadi kontraktor yang bertanggungjawab. Di bawah program tersebut, subsidi RM20 juta akan diberikan melalui 3 skim bantuan berdasarkan harga dan keluasan rumah. Iaitu;

  1. Bantuan RM10,000 bagi rumah berharga RM64,000 seunit dengan keluasan 750kps.
  2. Bantuan RM12,500 bagi rumah berharga RM72,500 seunit dengan keluasan 850kps.
  3. Bantuan RM15,000 bagi rumah berharga RM85,000 seunit dengan keluasan 1000kps.

Untuk mereka yang berminat, prosedur dan syarat Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk maklumat lanjut sila rujuk panduan dan maklumat penting di Facebook RMRJ.

Hubungi KPRJ 07-2358377 untuk maklumat lanjut

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih