Permohonan UPU ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2017/2018

Permohonan UPU Ke Politeknik/ILKA Lepasan SPM Sesi 2017/2018. Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2017/2018 atau ambilan 2017 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf serta lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

POLITEKNIK dan ILKA

Permohonan UPU kemasukan ke Politeknik melibatkan semua Politeknik kecuali Politeknik Premier.

Permohonan UPU kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut:

Permohonan UPU

  • KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
    – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
    – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
    – Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    – Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)
    – Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
    – Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
    – Polikteknik
    – Kolej Komuniti
  • MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
    – Institut Kemahiran MARA (IKM)
    – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
    – Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Permohonan UPU Ke Politeknik/ILKA Lepasan SPM Sesi 2017/2018

KATEGORI PERMOHONAN

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada 5 kategori iaitu;

  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja.

  • Kategori B

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2015 atau 2014.

  • Kategori C

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

  • Kategori D

    Pemohon menggunakan keputusan SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau sijil ulangan SPM 2016 atau, SPM 2015 dengan sijil ulangan SPM 2016.

Bagi lepasan SKM terbahagi kepada 3 kategori iaitu;

  • Kategori 1

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 1.

  • Kategori 2

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 2.

  • Kategori 3

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 3.

PROGRAM PENGAJIAN

Program pengajian yang boleh dipohon adalah

  • Lepasan SPM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma
  • Lepasan SKM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma & Diploma Lanjutan

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

PERMOHONAN

 

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...
loading...

Search Terms:

No Responses