Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2018 KPM Online

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2018 KPM Online

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2018 KPM Online – Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke PrasekolahKPM bagi sesi persekolahan tahun 2018 akan dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017. Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual.

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2018 KPM Online

Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah

Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:

  • Kanak-Kanak Warga Malaysia Sahaja
  • Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2012 – 15 Januari 2014

Tempoh Permohonan Prasekolah 2018

1. Secara Atas Talian

Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017

2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Online

Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Isi Borang Online

Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.

2. Cetak Borang Permohonan

Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.

Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.

3. Semak Status Permohonan

Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.

Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Online

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Manual

1. Ambil Borang

Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.

2. Lengkapkan Borang

Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.

3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan

Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah atau layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.

Carian Yang Berkaitan:

  • pendaftaran pra sekolah 2018
  • pendaftaran online pra sekolah
  • Bilakah tarikh daftar pra sekolah 2018
  • hptts://eprasekolah moe gov my
  • https//eprasekolah moe gov my
  • pendaftaran sekolah 2018
  • permohonan online prasekolah
  • permohonan prasekolah 2018

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous
  5. Anonymous
  6. Anonymous