PUNCA SEBENAR KES TAYAR DIBOCORKAN DI CAMERON HIGHLANDS TERJAWAB

PUNCA SEBENAR KES TAYAR DIBOCORKAN DI CAMERON HIGHLANDS TERJAWAB

Kecoh semalam dengan kes membabitkan tayar 12 kenderaan dibocorkan yang berlaku di Cameron Highlands. Ia dipercayai dilakukan sekumpulan individu yang berang dengan tindakan pemilik kenderaan menghalang laluan di sekitar pekan Brinchang.

Berdasarkan sumber awal yang tersebar di media sosial, ia didakwa sebagai perbuatan khianat selain turut mengaitkan pengusaha kedai tayar di kawasan tersebut.

punca-sebenar-kes-tebuk-tayar-di-cameron-highlands-terjawab

Kenderaan diletakkan di kawasan tidak sepatutnya

Namun begitu, memetik laporan BH Online, dalam kejadian antara jam 3 hingga 5 pagi Ahad itu, semua tayar kenderaan itu dipercayai dibocorkan dengan menggunakan senjata tajam bagi mengeluarkan angin tayar kenderaan yang diletakkan di kawasan tidak sepatutnya.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, pihaknya sudah menerima dua laporan polis daripada pemilik kenderaan berkenaan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, siasatan awal mendapati semua kenderaan itu dipercayai menghalang laluan sehingga menyebabkan kemarahan penduduk setempat kerana tidak dapat mengeluarkan kenderaan mereka.

Nafi perbuatan itu dilakukan pemilik kedai tayar…

“Siasatan masih dijalankan dan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dilakukan namun polis menasihatkan pelancong yang datang ke Cameron Highlands supaya meletakkan kenderaan mereka di tempat yang sesuai supaya tidak menghalang laluan.

“Polis juga menafikan viral yang kononnya perbuatan itu dilakukan pemilik kedai tayar yang ingin mendapatkan untung dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dipetik laporan tersebut.

Pada Februari lalu, kejadian sama berlaku membabitkan kira-kira 20 kenderaan pengunjung yang meletakkan kenderaan mereka di tempat tidak sepatutnya.

Oleh itu, sama-sama kita ingatkan pengunjung tidak kiralah ke mana-mana pun kalau nak letakkan kenderaan pastikan ianya ditempat yang sepatutnya. Kena pada kita sendiri pun berang juga kalau nak pergi kerja tapi kereta tak boleh keluar kan?

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih