Resepi Rendang Ayam Minang Asli Sedap

Resepi Rendang Ayam Minang Asli Sedap – Kebanyakan masakan minang memerlukan rempah-rempahnya ditumis terlebih dahulu terutama resepi rendang minang yang nak kongsikan ini. Resepi Masakan yang nak dikongsikan kali ini ialah resepi rendang minang yang pasti menjadi kegemaran ramai masyarakat di Malaysia. Walaupun resepi masakan ini agak rumit untuk disediakan tapi pasti berbaloi dengan rasanya bila telah siap dihidangkan.

Resepi Rendang Ayam Minang Asli Sedap

Resepi Rendang Ayam Minang Asli Sedap

Selamat mencuba resepi rendang minang ini;

Bahan-Bahan Resepi Rendang Minang

1 ekor ayam
2 sudu besar kerisik
2 batang serai – titik
5 helai daun limau purut
1 asam keping
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji kelapa – santan pekat
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Redang Ayam Minang

18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara Memasak Rendang Ayam Minang

1. panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai keluar minyak. selepas tu masukan jintan putih dan jintan manis. tumis kembali sampai naik bau. kemudian masukan ayam.
2. tunggu sampai ayam kecut dan bila telah mendidih kemudian masukan santan pekat dan kacau rata sampai hampir pecah minyak.
3. masukan limau purut dan kerisik dan terus masak tetapi dengan api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakan bawahny hangus. kemudian masukan garam dan gula secukup rasa dan juga asam keping.
4. bila kuah dah nampak kering berarti dah masak bolehlah dingkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tags: resepi kek, resepi kek coklat, resepi ayam, masakan ayam, resepi masakan ayam, resepi kuih, resepi rendang ayam, resepi biskut, resepi mudah, resepi kuih muih, kongsi resepi, resepi kek mudah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous