Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap – Resepi ayam masak yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah paling sedap adalah hidangan istimewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa.

resepi ayam masak merah
Ditulis oleh : Che’ Nom

Masa: Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap:

1/2 ekor ayam
1 cawan santan (optional)

Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Bahan untuk ditumis:

1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap:

  • Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
  • Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  • Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
  • Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips: Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masakdan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya

Search Terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih