Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap

Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap – Resepi masakan dari Kelantan ini memang punya reputasinya yang tersendiri kerana berbeza daripada negeri lain. rasa makanan ini pula sangat lazat dan menyelerakan. Biasanya resepi masakan ini disediakan kepada mereka-mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat di Malaysia. Resepi masakan ini terdapat 2 jenis ada yang berwarna merah dan ada yang berwarna putih dan jika sukakan rasa pedas sediakan berwarna merah.

Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap ayam percik, Ayam Percik Kelantan, Menu Kelantan, mudah kelantan, nasi briyani, Resepi Ayam, resepi ayam panggang, Resepi Ayam Percik, Resepi Kelantan, Resepi Masakan

Cara penyediaan resepi masakan ini yang sebenarnya ialah diperap selama beberapa minit kemudian dibakar. tetapi sekarang ayampercik sudah mempunyai banyak versi.

Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap

Kebiasanya anda boleh menyediakan ayam percik putih untuk kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas. selain dengan nasi putih dan nasi kerabu makanan ini sedap juga bila dimakan bersama-sama pulut kuning.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Sediakan Resepi Ini:

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perap Untuk Resepi Masakan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa

Bahan Kuah Untuk Resepi Masakan

10 ulas bawang merah
3 – 6 tangkai cili kering
2 pek santan pekat
1 batang serai
1 inci halia
garam secukupnya
gula secukupnya
1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Penyediaan Resepi Ayam Percik Kelantan Sedap

1. Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. selepas tu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.

2. Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. dan bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.

3.  Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. agar bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.

4. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan ayam percik kelantan ala bonda siap dihidangkan.

Resepi ayam masak percik kelantan bila mengikut adat mahupun budayanya adalah hidangan yang paling tinggi derajatnya dalam semua hidangan makanan dikelantan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous
  2. Anonymous
  3. Anonymous
  4. Anonymous